Jenis carta baharu — Lilin Volum

Apr 4

Kami telah menerima banyak permintaan dari pengguna, dan terima kasih atas maklum balas anda, kami telah melakukannya dan menambahkan sejenis carta baharu — Lilin Volum. Sekarang anda boleh memvisualkan volum dagangan untuk setiap lilin.

Dengan jenis carta baharu ini, anda dapat melihat candlestick, tetapi lebar setiap lilin adalah berdasarkan kepada volum dagangan semasa tempoh masa pembentukan lilin. Jadi, semakin besar volum dagangan semasa tempoh masa pembentukan, semakin lebar lilin.

Anda boleh memilih Lilin Volum sebagai jenis carta pada menu pada bar alat paling atas.

Sila ambil maklum bahawa jenis carta baharu adalah tersedia untuk pengguna dengan langganan Premium atau lebih tinggi.

Kami harap Lilin Volum akan membantu anda menelusuri dinamik pasaran dengan lebih baik. Teruskan berkongsi maklum balas anda, ia membantu kami menjadikan platform lebih baik.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta