Selamat datang kepada data baru kripto dari CoinEx

Dec 27, 2021

Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan kedatangan sumber data kripto baru kepada TradingView. Dengan CoinEx, kesemua pengguna-pengguna kami sekarang dapat melihat dan mengakses data CoinEx secara masa-nyata.

CoinEx merupakan satu platform dagangan matawang digital sejagat di bawah ViaBTC Group, yang diasaskan pada Disember 2017. Platform ini sekarang membekalkan fungsi-fungsi dagangan semerta, kontrak berterusan, dagangan margin, perlombongan, AMM dan lain-lain dagangan. Ia menyokong Bahasa Inggeris, Rusia, China, Jepun, Korea dan 15 lagi bahasa-bahasa dan dijangka akan menyokong lebih daripada 20+ bahasa di masa hadapan.

Untuk bermula dengan data baru ini, taip “COINEX:” ke dalam bar carian dan pilih simbol yang anda minati. Rujuk gambaran di bawah tentang bagaimana untuk melakukan carian untuk simbol CoinEx:

Kami harap anda menyukai data baru kami. Sila sentiasa berikan maklum balas dan cadangan kepada kami. Kami akan mencipta satu persekitaran dagangan yang selesa untuk anda.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta