Parameter Baru untuk Input Tarikh Ditambahkan kepada Pine

Dec 1, 2020

Memasukkan tarikh dan masa dalam Pine menjadi semakin mudah, kerana fungsi input() kini boleh menerima jenis input.time yang baru. Dengan parameter ini, anda boleh memindahkan tarikh kepada Pine menggunakan dialog Tetapan dan widget tarikh dan masa yang sama digunakan di kesemua antara muka TradingView.

Masa untuk input.time ditetapkan dalam format Unix, tetapi untuk kemudahan menetapkan nilai tarikh awal, kami telah menambahkan kebolehan untuk menghantar rentetan dimalarkan yang mengandugi tarikh dalam salah satu format umum kepada fungsi timestamp() dan menentukan panggilan kepada fungsi ini sebagai parameter devfal untuk fungsi input(). Dalam fungsi timestamp() , anda boleh menetapkan masa dalam mana-mana zon masa, dan nilai tersebut akan diubah secara automatik kepada zona masa terpilih di carta. Contohnya, jika anda mencipta strategi yang boleh membuka dagangan selepas tempoh masa yang spesifik dan untuk ini anda menghantar nilai timestamp(“01 Sep 2020 13:30 +0000″), di carta dengan zon masa UTC-5 (New York) ia akan mula berdagang di lilin pada 8:30 AM( musim sejuk) atau 9:30 AM (musim panas).

//@version=4
strategy("Price Channel Strategy with date range", overlay=true)

i_startTime = input(defval = timestamp("01 Sep 2020 13:30 +0000"), title = "Start Time", type = input.time)
i_endTime = input(defval = timestamp("30 Sep 2020 19:30 +0000"), title = "End Time", type = input.time)
i_length = input(defval = 20, title = "Length", type = input.integer)

inDateRange = time >= i_startTime and time <= i_endTime
inCondition = not na(close[i_length])

hh = highest(high, i_length)
ll = lowest(low, i_length)

if (inCondition and inDateRange)
    strategy.entry("PChLE", strategy.long, stop=hh)
    strategy.entry("PChSE", strategy.short, stop=ll)

bgcolor(inDateRange ? color.green : na, 90)

Pelajari lebih lanjut tentang fungsi-fungsi timestamp() dan input() dalam rujukan Skrip Pine.

Kami berharap anda mendapati ciri ini berguna. Kami mengalu-alukan maklum balas dan cadangan anda. Kami membina TradingView untuk anda dan ingin mendengar pendapat anda tentang kemas kini platform kami.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta