Simbol OTC sekarang sedia untuk dagangan langsung

Oct 11, 2022

Pasukan TradingView sentiasa bekerja keras untuk memberikan anda prospek dagangan terbaik dan sekarang kami telah menjadikan dagangan OTC sedia untuk didagangkan menerusi rakan-rakan kongsi broker kami — TradeStation, Interactive Brokers dan Alpaca. Kami harap anda menggunakan peluang ini untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan anda, tetapi sila ambil maklum mengenai ciri-ciri dagangan OTC dan risiko-risiko yang berkaitan.

Over-the-counter (OTC) ialah dagangan di luar pertukaran, yang membenarkan syarikat-syarikat kecil yang tidak dapat memenuhi syarat-syarat penyenaraian yang ketat atau tidak mahu membayar yuran masukan pertukaran untuk mencari pelabur-pelabur. Transaksi OTC terjadi menerusi jaringan peniaga rangkaian tidak terpusat, di mana broker-broker berkomunikasi secara langsung sesama sendiri dengan pertolongan pembekal volum dan kecairan untuk dagangan OTC.

Jenis saham sebegini juga membawa beberapa risiko, seperti maklumat lapuk atau mengelirukan mengenai keadaan kewangan syarikat dan masalah kecairan disebabkan volumnya yang rendah. Jangan risau, ia masih sah tetapi anda hendaklah melakukan dagangan anda dengan mengambil kira semua perkara dan bersedia untuk spread yang tinggi yang bermaksud pesanan anda akan mengambil masa yang lebih lama untuk dipenuhi dalam satu julat harga yang anda ingini.

Pasaran OTC selalunya memberikan satu kepelbagaian jenis aset yang luas dan menerusi TradingView, anda boleh mengakses saham dan ADR. Integrasi broker kami membenarkan anda mendagangkan bilangan yang banyak: 400 simbol di Alpaca, 15,886 di TradeStation dan 7,742 di Interactive Brokers. Ini termasuk sekuriti yang tidak ada di dalam pertukaran biasa, seperti sekuriti hutang, ADR dan syarikat-syarikat pertumbuhan permodalan mikro. 

Timbang risiko anda, rancang tindakan anda dan lompat masuk ke dalam dagangan dengan broker yang anda sukai.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta