Pilihan tarikh relatif dalam alat Keluk Hasil

Jul 31

Kami terus menjadikan analisis pasaran anda lebih pantas, bijak dan intuitif. Dan sekarang kami ada kemas kini baharu kepada Keluk Hasil kami — keupayaan untuk memilih tarikh relatif terus dalam menu tarikh setiap bon.

Sekarang anda tidak perlu melaraskan secara madual setiap kali anda mahu membandingkan hasil (yield). Dengan kemas kini terkini kami, jadual lalai menunjukkan data semasa, 1 bulan lepas dan 1 tahun lepas — menjadikan penjejakan pasaran bon harian anda lebih mudah.

Lebih daripada itu, dalam menu pilihan tarikh, anda akan menemukan tab Relatif baharu. Di sini anda boleh memilih tarikh relatif kepada hari semasa, termasuk:

  • Tarikh semasa
  • Tarikh semalam
  • 1 minggu lepas
  • 1 bulan lepas
  • 1 tahun lepas

Ini menjadikannya lebih mudah dari sebelum ini untuk melihat bagaimana keluk hasil telah berubah merentasi tempoh masa berbeza dan anda tidak perlu mengingati tarikh tertentu atau mengklik beberapa kali menerusi menu tarikh.

Dan sekiranya anda perlu melihat pada tarikh tertentu, hanya tukar kepada tab Khusus. Di situ anda boleh memilih apa-apa tarikh secara manual — terpulang kepada anda.

Kami percaya kemas kini ini akan membantu menjimatkan masa untuk anda yang mahu menganalisa trend dalam pasaran bon. Sama ada anda memerhatikan hasil ekonomi, penyongsangan keluk hasil atau peralihan dalam kadar jangka panjang, mempunyai akses pantas kepada pelbagai tempoh masa relatif kepada hari ini akan dapat memberikan lebih banyak konteks.

Kami harap ciri ini berguna untuk aliran kerja anda. Beritahu kami apa anda fikirkan — maklum balas anda membantu kami menambah baik platform.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami