Cerapan lebih pintar bermula dengan Graf Asas

Aug 6

Selamat datang kepada tambahan baharu alatan TradingView — Graf Asas. Diciptakan untuk mempertingkatkan analisis asas anda, ciri ini membolehkan perbandingan lancar untuk metrik kewangan merentasi berbilang syarikat — semuanya pada satu carta tunggal yang anda boleh sesuaikan mengikut keperluan anda.

Dengan Graf Asas, anda sekarang boleh membuat keputusan lebih termaklum dengan membandingkan secara visual data kritikal syarikat dalam satu antara muka mudah. Sama ada anda menganalisa EPS, hasil atau nilai asas lain, alat ini memperkuasakan anda untuk mencari cerapan yang anda perlukan dan membina strategi pelaburan lebih dipercayai berdasarkan pada data sebenar.

Untuk bermula, hanya navigasi ke menu Produk dan pilih Graf Asas.

Antara muka graf direka bentuk untuk fleksibiliti dan kejelasan maksimum. Anda akan menetapkan carta anda dari panel alat kiri: mari lihat apa yang anda boleh sesuaikan untuk memaksimumkan pengalaman anda dengan alat ini.

Pilihan simbol dan metrik

Tambah atau buang sehingga sembilan simbol dan sembilan metrik berbeza serentak untuk membandingkan prestasi merentasi syarikat dan rangka masa.

Mod paparan dinamik

Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan carta harga untuk mengasingkan dan memeriksa data asas dengan lebih baik.

Anda juga boleh menerokai beberapa mod kebolehlihatan, membenarkan anda menyesuaikan carta kepada gaya analisis anda:

  • Tunjuk semua: Memaparkan setiap metrik untuk setiap simbol dipilih
  • Metrik mengikut simbol: Memfokuskan pada semua metrik untuk satu simbol aktif yang anda pilih pada panel kiri
  • Simbol mengikut metrik: Bandingkan prestasi setiap simbol untuk satu metrik dipilih tunggal

Tarikh dan skala boleh dilaraskan

Carta juga membenarkan anda memilih julat tarikh dan jenis skala yang anda gemari — termasuk skala biasa, logarithma, peratusan atau diindekskan kepada 100 — untuk memenuhi analisis anda.

Tarikh boleh dilaraskan dengan menggunakan butang di bawah carta.

Mencari mod skala? Pergi ke butang tetapan pada bucu kanan atas carta.

Perkongsian graf

Setiap konfigurasi carta adalah disimpan secara automatik kepada satu URL unik, menjadikannya mudah untuk berkongsi dengan rakan sekerja atau klien.

Anda juga boleh mengambil syot kilat dan menyimpan atau mengongsikannya dengan pantas – hanya cari butang syot kilat di atas carta.

Mengapa menggunakan Graf Asas

Alat ini memberikan peluang analisis baharu untuk pedagang dan pelabur yang bergantung pada data perniagaan utama untuk mengesahkan dagangan atau membentuk strategi jangka panjang. Dengan menawarkan pandangan visual dan perbandingan pada prestasi kewangan, graf kami membantu anda menjimatkan masa dan menavigasi pasaran saham sejagat dengan lebih berkeyakinan.

Sebagai contoh, jika anda mahu menilai beberapa saham teknikal, anda boleh membandingkan dengan cepat trend pertumbuhan hasil, keuntungan dan perbelanjaan R&D dari masa ke semasa — semuanya pada satu carta — untuk melihat syarikat yang sedang bertumbuh dengan efisyen dan yang kewangan sedang mendatar. Dengan cara ini, anda boleh melakukan keputusan disandarkan oleh data, bukan hanya tindakan harga.

Kami harap kefungsian yang sudah lama dinantikan ini berguna dalam aliran kerja anda. Teruskan menghantar maklum balas anda kepada kami — ia membantu kami menambah baik dan memperbaharui platform.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami