Tradegate Exchange — data baru di TradingView

Sep 27, 2022

Kami masih tidak dapat cukup data pasaran di sini di TradingView, dan hari ini kami berbangga untuk mengumumkan satu lagi tambahan set data kepada platform kami. Pada masa ini, ia datang kepada anda dalam bentuk pakej yang luas dan pelbagai dengan satu cop kualiti bersinar yang berbunyi “Diperbuat di Jerman” ucapkan selamat datang kepada Tradegate!

Menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia, tahun 2009 merupakan satu tahun yang terpanas di dalam sejarah, dan ia seperti memberikan impak positif kepada pasaran Jerman kerana pada tahun itu Tradegate Exchange ditubuhkan di Berlin. Bursa saham ini adalah pakar dalam perlaksanaan pesanan pelabur swasta, dan melihat kepada volum dagangan, pelabur-pelabur swasta sangat menyukainya semenjak hari dagangan pertama pada Januari 2010, volum transaksi di bursa ini telah meningkat dari €3.2 juta kepada €62 juta. Pada hari ini, bursa menawarkan sebanyak 20,000 sekuriti termasuk ekuiti, bon dan dana pelaburan, tersedia untuk didagangkan dari jam 8 pagi ke 10 malam tambahan yang lebih manis, semua ini datang dengan perlaksanaan pesanan lengkap dan tiada yuran transaksi.

Pengguna TradingView sekarang boleh menggunakan aliran data yang hebat dan melimpah-ruah kami telah menambahkan data saham dan bon supaya anda boleh melihat dan menggunakannya dengan mudah untuk carta anda. Untuk mengakses, hanya buka carian simbol kami dan taip “TRADEGATE:” di dalam bar carian — anda akan dapat melihat semua senarai aset-aset yang ada:

Seperti biasa, kami kekal kepada aspirasi kami untuk membekalkan komuniti TradingView dengan sebanyak data yang mungkin — kami tidak sabar untuk anda menerokai penambahan baru ini, tapi pastikan anda sentiasa mengikuti kami kerana seperti biasa ada lebih banyak lagi di masa akan datang!

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta