Menggunakan ruang: terokai mod terpisah dikemas kini dalam Editor Pine

Oct 18, 2024

Apabila melakukan pengekodan dengan Pine Script™, anda selalunya memerlukan ruangan untuk kedua-dua kod dan carta anda di mana ia dijalankan. Pine Editor selalunya dipaparkan di bawah carta, di mana bergantung kepada skrin anda, mungkin tidak begitu selesa — menjadikan pandangan kepada kerja anda adalah agak kekok. Disebabkan ini, dan atas maklum balas anda, kami telah membina mod terpisah yang lebih baik.

Versi asal mod ini tidak mempunyai beberapa ciri penting yang hanya boleh dilakukan dengan editor dalaman. Buat masa ini, kami telah menambahkan ciri-ciri ini dan kami bersedia untuk mempersembahkan ciri-ciri ini kepada anda — sedia untuk digunakan.

Pada masa lalu, editor terpisah boleh membuka dan menyimpan skrip sedia ada, tetapi ia tidak boleh berinteraksi dengan carta dalam apa-apa cara. Sekarang, setiap kali anda membuka tab terpisah atau tetingkap dari carta, ia mengekalkan pautan kepada carta tersebut, membenarkan anda menambah dan mengemas kini skrip dari halaman terpisah.

Status pautan boleh ditemui dalam garisan status pada bucu kanan bawah editor. Menggerakkan tetikus di atasnya akan menjelaskan maksudnya dengan lebih lanjut dan apa yang ia boleh lakukan untuk memulihkan pautan sekiranya boleh.

Versi skrip membuka dalam editor terpisah akan diserlahkan dengan simbol istimewa pada carta.

Anda juga boleh menggunakan kefungsian penuh Log Pine dalam editor terpisah, dengan syarat editor dipautkan kepada satu carta dan skrip ditambahkan kepada carta berkenaan. Hanya klik pada butang “Log Pine…” pada menu Lebih untuk membuka panel.

Menu Log Pine akan dipopulasikan dengan log, dengan syarat skrip yang anda usahakan menggunakan mereka. Dengan log tersedia dalam editor terpisah, anda boleh menggunakan bar sisi pada halaman carta untuk perkara lain, sebagai contoh untuk menganalisa nilai penunjuk dalam Tetingkap Data.

Pelajari lebih lanjut mengenai kefungsian Log Pine dalam Pusat Bantuan kami, di mana anda boleh memeriksa butiran dengan lebih mendalam.

Untuk kekal termaklum dengan ciri-ciri baharu Pine Script™, pastikan anda mengikuti nota Keluaran Manual Pengguna. Akaun PineCoders juga menerbitkan kemas kini dari Squawk Box nya di Telegram, akaun X (Twitter) nya, dan dari laman sembang awam Pine Script™ Q&A di TradingView.

Kami harap anda menyukai penambah baikan yang telah kami lakukan kepada Editor Pine terpisah, dan sila terus menghantar kepada kami maklum balas dan cadangan anda supaya kami dapat menjadikan platform ini sebaik yang mungkin. Kami membina TradingView untuk anda dan kami sentiasa berminat untuk mendengar pendapat anda.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami