Tahun lepas, kami memperkenalkan jenis carta Volume footprint — satu alat yang membenarkan pedagang untuk terjun lebih dalam kepada struktur mikro pasaran dan melihat bagaimana volum diagihkan pada setiap tingkatan harga. Semenjak itu, ramai di antara anda meminta cara yang lebih mudah untuk menganalisa dan membandingkan data footprint merentasi bar.
Pada hari ini, kami memperkenalkan ciri baharu yang dapat melakukan perkara tersebut — paparan jadual dalam maklumat Ringkasan. Ia menambahkan panel baharu di bawah carta footprint anda, memaparkan statistik terperinci untuk setiap footprint dalam satu jadual jelas dan berstruktur. Ia dapat membantu anda menterjemahkan titik data utama dengan lebih pantas dan menemukan corak bermakna tanpa perlu mengimbas setiap bar secara manual.
Anda boleh mensesuaikan jadual untuk memaparkan sehingga 15 metrik berbeza, termasuk volum, perubahan volum (%), delta, julat HL, open interest tinggi/rendah (untuk niaga hadapan sahaja) dan banyak lagi.
Fleksibiliti ini membenarkan anda menyesuaikan ringkasan kepada gaya dagangan yang anda gemari — sama ada anda sedang menjejak ketidakseimbangan, dinamik sesi atau trend delta kumulatif.

Untuk mengaktifkan ciri ini, buka tetapan carta, cari bahagian Label pada tab Simbol, dan pergi ke Tunjuk maklumat ringkasan. Di sini, anda boleh menemui pilihan Jadual baharu.
Kemudian, gunakan menu lungsur turun untuk memilih ruangan data yang anda mahu masukkan dalam ringkasan anda.

Kemas kini ini sangat berguna untuk pedagang yang mahu mendapatkan pandangan keseluruhan lebih jelas untuk aktiviti pasaran dan dinamik footprint sekali imbas. Daripada bertukar antara berbilang penunjuk atau menggerakkan kursor di atas setiap bar, anda sekarang boleh mendapatkan maklumat penting pada satu paparan kompak dan mudah dibaca.
Kami harap kemas kini ini mempertingkatkan pengalaman Volume footprint anda dan membantu anda menganalisa aliran pesanan dengan lebih efektif. Seperti biasa, maklum balas anda memacu penambahbaikan kami — teruskan berkongsi pemikiran dan cadangan anda dengan kami.
Pasukan TradingView