Menambahkan imej-imej ke dalam carta

Jun 21, 2022

Anda mungkin tidak tahu bahawa imej-imej boleh dimasukkan ke dalam carta-carta kami — kami baru sahaja membuat satu alat istimewa untuk menjadikannya lebih jelas: Imej.

Samada ianya satu tangkap layar, satu avatar, satu lagi carta, satu NFT kegemaran atau satu gambar kucing anda, anda sekarang boleh meletakkan semuanya secara terus ke dalam analisis anda. Dan di dalam contoh di bawah, kami menggunakan kucing kegemaran TradingView kami untuk menunjukkan cara-caranya.

Untuk menambahkan satu imej ke dalam satu carta, hanya lakukan perkara berikut:

  • Aktifkan alat Imej di dalam bar alat kiri

  • Di dalam tetingkap yang terbuka, klik Pilih imej atau gerakkan gambar pilihan anda ke dalam kawasan pilihan imej dan klik Ok

  • Nikmati keputusannya.

Sebenarnya, ada satu cara lain yang lebih pantas untuk meletakkan imej ke dalam carta — hanya tarik gambar kepadanya, atau salin dan tampalkannya ke dalam carta menggunakan pintasan Tampal atau Ctrl+V.

Di dalam tetapan alat, selain daripada menukar tetapan-tetapan kebolehlihatan standard pada rangka masa, anda boleh menamakan imej, menukar ketelusannya dan juga menukarnya dengan yang lain dengan mengklik pada kawasan pratonton.

Imej-imej apakah yang boleh ditambahkan kepada sesebuah carta?

Imej yang dimasukkan mestilah di dalam format JPG dan PNG, saiz imej hendaklah tidak melebihi 2mb dan resolusi maksimum ialah 2000×2000 piksel.

Apakah lagi yang boleh ditambahkan kepada carta menerusi ciri masukan Imej?

Selain daripada imej, anda boleh memasukkan Tweet, Idea, atau teks biasa ke dalam carta. Hanya salin pautan tweet, pautan idea, atau teks biasa dan tampalkan mereka ke atas carta.

Kami sentiasa gembira untuk mencipta ciri-ciri baru untuk anda, jadi kami sentiasa mengalu-alukan semua maklum balas dan cadangan.

Terima kasih,

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta