Idea pada carta

Dec 29, 2021

Kami baru-baru ini telah menambah satu alat untuk menanamkan ciapan kepada carta anda dan sekarang kami memperkenalkan satu alat baru — Idea!

Beribu-ribu pengguna menghantar idea-idea dagangan kepada platform kami setiap hari untuk berkongsi fikiran dan pendapat mereka pada pasaran sejagat, mempamerkan kaedah dan strategi analitis mereka, menawarkan bahan latihan kepada ahli-ahli lain di dalam komuniti dan termasuk menunjukkan kemahiran artistik mereka.

Alat baru kami, seperti satu ciapan, memberikan anda ruang untuk menambah idea yang menarik perhatian anda ke dalam carta supaya mereka akan sentiasa berada hampir dengan anda.

Ada dua cara untuk menambah satu idea ke dalam carta:

  1. Pilih alat “Idea” di dalam panel kiri dan tampal pautan kepada idea di dalam tetingkap yang terbuka.
  2. Salin pautan idea dan tampal ke dalam carta TradingView menggunakan “Ctrl + V” pada Windows atau “⌘V” pada Mac. Atau Cuma klik “Tampal” di dalam menu konteks carta.

Sila ambil perhatian bahawa idea adalah ditambahkan pada posisi yang sepadan dengan masa idea diterbitkan.

Pautan kepada idea boleh disalin di dalam tetingkap idea selepas mengklik butang “Kongsi”.

Anda juga boleh menyalin pautan kepada idea dari bar alamat di pelayar dengan membuka idea:

  • Dari halaman utama tapak.
  • Dengan mengklik pada satu idea di dalam aliran idea di dalam panel sebelah kanan.
  • Dengan memilih satu bulatan dengan idea pada carta dengan paparan idea di pasang.
  • Dengan mengklik pada tajuk idea pada alat itu.

Jika anda tidak berjaya untuk menambah satu idea kepada carta:

  • Pastikan anda telah log masuk ke dalam akaun TradingView anda — idea-idea di atas carta hanya tersedia untuk pengguna-pengguna berdaftar.
  • Adakah anda telah log masuk ke dalam akaun anda dan catatan masih tidak dipaparkan pada carta selepas dimasukkan? Pastikan masa cop untuk tarikh idea telah diterbitkan adalah pada kawasan yang boleh dilihat pada carta.

Ciri-ciri alat Idea:

  • Satu idea pada satu carta adalah selalu disambungkan kepada tarikh penerbitannya.
  • Posisi kad idea boleh diubah dalam kawasan yang boleh dilihat di dalam carta. Untuk melakukan ini, anda hendaklah menarik kad di dalam arah yang anda inginkan.
  • Mengklik pada tajuk idea akan membuka satu tetingkap timbul.
  • Idea adalah sangat mirip kepada mana-mana objek lukisan: ia dipautkan kepada simbol yang anda tambahkan ia kepadanya.
  • Satu idea boleh disembunyikan atau dipadamkan, dan aturan visual pada salasilah objek boleh ditukar.

Setiap hari kami bekerja untuk mencipta satu ciri baru untuk anda, jadi kami sentiasa mengalu-alukan maklum balas dan cadangan anda!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta