Ulangan Bar Kini Menyokong Resolusi Dalam Saat

Apr 6, 2020

Kami bergembira untuk memperkenalkan penambahbaikan kepada alat Ulangan Bar untuk semua pelanggan Premium. Kami telah menambahbaikkan Ulangan Bar untuk menyokong resolusi dalam saat supaya semua pedagang boleh menggunakannya dalam mana-mana rangka masa untuk mempertingkatkan strategi perdagangan mereka.

Seperti kebanyakan alatan berasaskan resolusi dalam saat, penggunaan Ulangan Bar pada carta saat hanya tersedia kepada pelanggan Premium. Maksimum tempoh data untuk ulangan hanya dua minggu. Untuk mula menggunakan ciri Ulangan Bar, sila klik di sini untuk menaiktarafkan akaun anda.

Untuk mempelajari lebih tentang ulangan, semak blog kami untuk maklumat lanjut.

Terima kasih untuk maklum balas dan komen anda.Kami di TradingView sentiasa mengalu-alukan pandangan anda.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta