Fungsi Baru untuk Dapatkan Pecahan, Dividen dan Perolehan dalam Pine.

Mar 31, 2021

Lebih banyak berita baik – kami telah menambahkan fungsi dividen, pecahan, dan peorlehan kepada bahasa Skrip Pine kami, di mana ia akan membantu anda mendapatkan maklumat tentang pecahan, keuntungan dan dividen untuk simbol yang anda minat.

Kesemua fungsi mempunyai set argumen yang sama – ticker, field, gaps ,lookahead.

Parameter ticker ialah simbol dengan prefix, seperti NASDAQ:AAPL.

Parameter gaps dan lookahead adalah hampir sama dengan fungsi sekuriti.

Namun, parameter field mengambil nilai yang berbeza.

Untuk fungsi dividen, parameter field membolehkan anda menentukan jenis dividen yang anda ingin terima : dividends.net atau dividends.gross.

Untuk fungsi pecahan, parameter field membolehkan anda menentukan pembilang dan penyebit untuk pecahan: : splits.numerator atau splits.denominator.

Untuk fungsi perolehan, parameter field membolehkan anda menentukan jenis keuntungan yang and ingin terima: earnings.actual or earnings.estimate.

Contohnya, dengan fungsi perolehan, anda ingin mengetahui perolehan dilaporkan dan dijangkan untuk Microsoft (NASDAQ:MSFT). Skrip anda mungkin kelihatan seperti berikut:

//@version=4
study("My Script")
earnings_actual=earnings("NASDAQ:MSFT", earnings.actual)
earnings_estimate=earnings("NASDAQ:MSFT", earnings.estimate)

plot(earnings_actual, color=color.blue)
plot(earnings_estimate, color=color.red)

Baca semua kemas kini Pine dalam seksyen Pelepasan Nota dalam Manual Pengguna.

Kami berharap anda mendapati ciri baru ini berguna. Sila sentiasa menghantar maklum balas dan cadangan anda kepada kami – kami membina TradingView untuk anda dan kami sentiasa ingin mengetahui pendapat anda tentang kemas kini platform kami.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta