Penunjuk pertumbuhan di Penyaring Saham

Jan 12, 2023

Penyaring Saham kami kini mempunyai satu kumpulan baru penunjuk – “Penunjuk pertumbuhan”, yang mempunyai Pertumbuhan YoY Tahunan, Pertumbuhan YoY TTM dan Pertumbuhan QoQ Suku Tahunan untuk penunjuk-penunjuk asas yang popular seperti Hasil, EBITDA, FCF, Dividen sesaham dll.

Bagaimana untuk menggunakannya?

“Pertumbuhan Dividen Sesaham” mengukur pertumbuhan YoY untuk pembayaran dividen oleh syarikat. Pertumbuhan dividen ialah satu penunjuk yang bagus untuk kesihatan kewangan sesebuah syarikat. Syarikat -syarikat yang mampu bertahan dan menaikkan pembayaran dividen dari masa ke semasa adalah dikira sebagai stabil dari segi kewangan.  

Menaikkan aliran tunai selalunya adalah satu permulaan kepada kenaikan perolehan. Syarikat yang mengalami pertumbuhan FCF sekarang — disebabkan oleh pertumbuhan hasil, penambahbaikan yang cekap, pengurangan kos, belian semula saham dan faktor-faktor lain — boleh memberikan ganjaran kepada pelabur pada masa depan. Sebaliknya, FCF yang menurun boleh menjadi satu petunjuk kepada masalah di masa hadapan, seperti kesukaran mengekalkan pertumbuhan perolehan atau meningkatkan kedudukan hutang sesebuah syarikat.

Penapis “Pertumbuhan EBITDA” ialah satu ukuran kepada prestasi operasi sesebuah syarikat. Ia membuang kesan-kesan keputusan kewangan dan perakaunan. Pertumbuhan dalam EBITDA menunjukkan satu penambahbaikan dalam kecekapan sesebuah syarikat. Jika ada pertumbuhan di dalam EBITDA, ia akan mempertingkatkan EPS sesebuah syarikat dengan berkemungkinan besar akan melonjakkan harga pasaran saham ke atas.

Di sini ada beberapa contoh, tetapi anda boleh menggunakan apa-apa metrik dari senarai di bawah:

Hasil Hasil (Pertumbuhan YoY Suku Tahunan)
Hasil (Pertumbuhan QoQ Suku Tahunan)
Hasil (Pertumbuhan YoY Tahunan)
Hasil (Pertumbuhan YoY TTM)
Untung Kasar Untung Kasar (Pertumbuhan YoY Suku Tahunan)
Untung Kasar (Pertumbuhan QoQ Suku Tahunan)
Untung Kasar (Pertumbuhan YoY Tahunan)
Untung Kasar (Pertumbuhan YoY TTM))
EBITDA EBITDA (Pertumbuhan YoY Suku Tahunan)
EBITDA (Pertumbuhan QoQ Suku Tahunan)
EBITDA (Pertumbuhan YoY Tahunan)
EBITDA (Pertumbuhan YoY TTM)
Pendapatan Bersih Pendapatan Bersih (Pertumbuhan YoY Suku Tahunan)
Pendapatan Bersih (Pertumbuhan QoQ Suku Tahunan)
Pendapatan Bersih (Pertumbuhan YoY Tahunan)
Pendapatan Bersih (Pertumbuhan YoY TTM)
Aliran Tunai Percuma Aliran Tunai Percuma (Pertumbuhan YoY Suku Tahunan)
Aliran Tunai Percuma (Pertumbuhan QoQ Suku Tahunan)
Aliran Tunai Percuma (Pertumbuhan YoY Tahunan)
Aliran Tunai Percuma (Pertumbuhan YoY TTM)
EPS dicairkan EPS dicairkan (Pertumbuhan YoY Suku Tahunan)
EPS dicairkan (Pertumbuhan QoQ Suku Tahunan)
EPS dicairkan (Pertumbuhan YoY Tahunan)
EPS dicairkan (Pertumbuhan YoY TTM)
Dividen sesaham Dividen sesaham (Pertumbuhan YoY Suku Tahunan)
Jumlah asset Jumlah asset (Pertumbuhan YoY Suku Tahunan)
Jumlah asset (Pertumbuhan QoQ Suku Tahunan)
Jumlah asset (Pertumbuhan YoY Tahunan)
Jumlah hutang Jumlah hutang (Pertumbuhan YoY Suku Tahunan)
Jumlah hutang (Pertumbuhan QoQ Suku Tahunan)
Jumlah hutang (Pertumbuhan YoY Tahunan)

Mari lihat jangka waktu yang tersedia untuk perbandingan:

  1. Pertumbuhan YoY Suku Tahunan mewakili perubahan hasil dalam waktu suku tahunan yang berturut-turut, cth. suku tahunan terkini dilaporkan berbanding yang sebelumnya.
  2. Pertumbuhan YoY Suku Tahunan mewakili perubahan hasil dalam waktu suku tahunan terkini berbanding suku tahunan yang sama pada tahun lepas.
  3. Pertumbuhan YoY Tahunan mewakili perubahan hasil untuk tahun fiskal terkini dilaporkan berbanding tahun fiskal sebelumnya.
  4. Pertumbuhan YoY TTM mewakili perubahan hasil dalam waktu 12 bulan terkini (4 suku tahunan) yang berakhir dengan suku tahunan fiskal terkini berbanding 12 bulan yang berakhir dengan suku tahunan yang sama pada tahun lepas.

Syarikat-syarikat selalunya mengira penunjuk pertumbuhan dalam pertumbuhan seterusnya QoQ dan YoY tetapi untuk syarikat yang mengalami hasil yang dipengaruhi oleh musim, ia lebih bermakna untuk menggunakan penunjuk pertumbuhan untuk tempoh masa yang sama pada tahun lepas (cth. Pertumbuhan YoY Suku Tahunan).

Bagaimana untuk menggunakan ciri-ciri ini?

Dalam Penyaring Saham:

  1. Buka dialog penapis dan taip carian baru “Pertumbuhan” di dalam ruangan carian atau cari penapis pertumbuhan dalam kategori “Kewangan”. Tapis penunjuk mengikut strategi anda:

  2. Tambah penunjuk ke dalam senarai Penyaring dan susun seperti yang diingini:

Kami harap penunjuk-penunjuk baru ini berguna untuk anda. Sila sentiasa hantarkan maklum balas anda, ia membantu kami menjadikan platform lebih baik.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta