Lebih banyak pilihan penalaan di Atas Meja TradingView Desktop

Mar 29, 2022

Apa yang dahulu anda katakan, anda mahu lebih banyak kemaskini untuk Atas Meja TradingView? Permintaan anda kami makbulkan. Kami telah mengeluarkan lebih banyak kefungsian untuk membantu anda memperibadikan persediaan dagangan anda dengan menu Tetapan baru kami yang bergaya, memberikan anda kebolehan untuk menalakan aplikasi kepada citarasa anda.

Menu Tetapan baru sekarang menawarkan pilihan-pilihan ini:

  • Pilih satu lokasi lalai muat turun (sama seperti memuat turun satu fail di Chrome)
  • Senyapkan notifikasi aplikasi — senyapkan aplikasi buat sementara waktu apabila diperlukan
  • Pilih satu kamera dan mikrofon tertentu untuk merekodkan idea-idea (sebelum ini anda hanya boleh menggunakan yang lalai)

Kemas kini ini ditambahkan kepada ciri-ciri baru yang hebat ini dari keluaran lepas:

  • Pulihkan secara automatik simbol dan selang waktu pada tabs adalah sekarang didayakan secara lalai (berfungsi untuk susun atur satu carta sahaja)
  • Menu konteks untuk pautan dan teks telah ditambahkan
  • Pecutan perkakasan adalah didayakan secara lalai untuk Mac dan Linux

Kami mendedahkan ciri-ciri ini di dalam versi 1.0.3 dan memberikan beberapa pembetulan kepada mereka di versi 1.0.4 — yang tersedia untuk dimuat turun sekarang. Aplikasi memberikan kemaskini secara automatik, tetapi jika anda tidak sabar-sabar (kami faham!), anda boleh memuat turun aplikasi di tradingview.com/desktop dan kemaskini versi yang ada.

Kami harap anda menyukai kemaskini baru ini, tetapi jangan teragak-agak untuk memberitahu kami apa yang anda fikirkan mengenai kemaskini ini dan aplikasi itu sendiri — Twitter dan subreddit kami adalah tempat terbaik untuk maklumbalas.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta