Terkini, kami telah mengesan kenaikan pengiklanan palsu TradingView di Facebook. Penipuan ini menjanjikan akses percuma kepada ciri-ciri Premium kami dan “bonus” lain yang menarik. Seperti semua penipuan atas talian, kos sebenar adalah lebih tinggi — penipuan sebegini mencalar reputasi jenama kami, mengelirukan komuniti kami dan paling utama, merisikokan data peribadi dan keselamatan anda.
Sebelum kami pergi ke butiran lanjut, kami ingin menjelaskan bahawa — TradingView langsung tidak mempunyai kaitan dengan iklan-iklan palsu tersebut. Sumber yang boleh dipercayai mengenai produk dan tawaran kami adalah di laman web rasmi kami — www.tradingview.com — dan saluran disahkan kami.
Bagaimana penipuan dijalankan
Iklan palsu terkini selalunya:
- Menawarkan langganan tahunan TradingView “percuma”
- Mengaku sebagai rakan kongsi dengan syarikat terkenal lain, cth., menawarkan USDT percuma di Binance bersama-sama langganan TradingView
- Meniru reka bentuk kami, menjadikan iklan kelihatan asli
Sebaik ditekan, iklan-iklan ini membawa pengguna ke tapak yang menyerupai antara muka TradingView. Dari situ, pengguna akan diminta untuk memuat turun perisian “istimewa” yang sebenarnya adalah perisian hasad yang direka untuk mencuri data.
Bagaimana untuk kekal selamat
Tiada perkara yang percuma di dunia ini. Jika ada tawaran yang terlalu bagus, mungkin ada muslihat di sebaliknya. Di sini ada beberapa langkah penting untuk melindungi diri anda:
- Berhati-hati dengan tawaran “percuma”. Mesej menawarkan akses percuma kepada ciri-ciri Premium selalunya adalah penipuan yang membawa kepada muat turun yang dijangkiti perisian hasad. Hanya lakukan pembelian menerusi halaman Harga kami atau aplikasi rasmi kami.
- Elakkan versi “cracked”. Versi palsu, “pembangun” atau “digodam” TradingView adalah berbahaya dan menyalahi undang-undang. Atas meja dan aplikasi mudah alih rasmi kami tersedia secara ekslusif di laman web dan kedai aplikasi rasmi kami.
- Periksa domain. Penipu selalunya menggunakan nama domain mengelirukan, seperti trading-view.com atau tradingview-premium.net. Jika ia bukan tradingview.com, jangan hanya berhenti, tetapi pergi jauh-jauh.
Jika anda sudah mengklik pada iklan atau pautan mencurigakan:
- Lindungi akaun anda serta-merta. Tukar kata laluan TradingView anda dan aktifkan pengesahan dua faktor untuk mengelakkan akses tanpa kebenaran.
- Imbas peranti anda. Jalankan imbasan penuh perisian hasad dan antivirus, dan buang perisian tidak dikenali.
- Semak aktiviti akaun. Batalkan sesi atau sambungan aplikasi mencurigakan.
- Laporkannya. Hubungi pasukan sokongan kami dengan syot skrin dan pautan kepada iklan atau tapak supaya kami boleh melakukan penyiasastan.
Untuk lebih petua dan panduan lebih lanjut, sila lawati halaman Sekuriti.
Pasukan TradingView