Minta lebih data dari skrip-skrip anda

May 31, 2022

Dua fungsi baru Skrip Pine™, request.security_lower_tf() dan request.economic(), dan penambahbaikan kepada fungsi sedia ada request.security() membenarkan skrip-skrip anda untuk mengakses lebih data.

request.security_lower_tf()

Fungsi baru request.security_lower_tf() menjadikan ianya lebih mudah untuk meminta data dari satu rangka masa lebih rendah daripada rangka masa carta. Sebelum adanya fungsi baru ini, mengakses semua bar-bar intra 1min yang membina satu carta bar 60min memerlukan fungsi-fungsi ditentukan pengguna yang kompleks dan panggilan request.security(). request.security_lower_tf() baru sekarang menjadikan ia satu doddle dengan memulangkan satu tatasusunan mengandungi satu nilai untuk ungkapan dibekalkan untuk setiap bar intra. Ambil maklum bahawa bilangan bar-bar intra mungkin berbeza untuk setiap bar carta.

Penunjuk ini melihat pada arah bar-bar intra 1min di dalam pembesaran untuk setiap bar carta. Jika majoriti daripada bar-bar intra adalah tidak sama polariti seperti bar carta, kami mewarnakan badannya kepada warna oren.

//@version=5
indicator("Polarity Divergences", overlay = true)
// Fetch an array containing the +1/0/-1 direction of each 1min intrabar.
array<float> directionsArray = request.security_lower_tf(syminfo.tickerid, "1", math.sign(close - open))
// Color the chart bar orange when the majority of 
// intrabar directions does not match the chart bar's direction.
barcolor(math.sign(array.sum(directionsArray)) != math.sign(close - open) ? color.orange : na)
// Plot the number of intrabars in indicator values and the Data Window.
plotchar(array.size(directionsArray), "Intrabars", "", location.top)

request.economic()

Fungsi request.economic() mengambil data ekonomi untuk satu negara atau satu wilayah. Data ekonomi mengandungi maklumat seperti keadaan ekonomi sesuatu negara (KDNK, kadar inflasi, dll.) atau satu industri tertentu (pengeluaran besi, katil-katil ICU, dll.):

//@version=5
indicator("Gross domestic product of the US")
plot(request.economic("US", "GDP"))

Artikel Pusat Bantuan kami menyenaraikan semua negara/wilayah dan metrik-metrik yang ada. Satu artikel tambahan Pusat Bantuan untuk setiap metrik menerangkan ia dan menyenaraikan semua negara/wilayah yang mana ia tersedia. Ini untuk KDNK.

request.security() improvements

request.security() sekarang boleh memulangkan tatasusunan, rentetan, booleans, warna, dan tupel untuk setiap jenis-jenis ini:

//@version=5
indicator("")

// Create an array containing OHLC values.
array<float>  ohlc = array.from(open, high, low, close)

// Request a tuple evaluated in the context of the "NASDAQ:TSLA" symbol at the chart's timeframe.
// The tuple contains:
//   - The array of OHLC values.
//   - A string representation of the OHLC values using the symbol's tick precision.
//   - The currency string of the symbol.
[ohlcArray, ohlcString, curString]  = request.security("NASDAQ:TSLA", timeframe.period, [ohlc, str.tostring(ohlc, format.mintick), syminfo.currency])

if barstate.islastconfirmedhistory
    label.new(bar_index, high, 
      "OHLC values: " + str.tostring(ohlcArray) +
      "\nFormatted OHLC values: " + ohlcString +
      "\nCurrency: " + curString)

Untuk sentiasa dimaklum kepada ciri-ciri baru Pine, sila ikuti nota-nota Keluaran Manual Pengguna. Akaun PineCoders juga menyiarkan kemas kini dari saluran Telegram Squawk Box nya, akaun Twitter, dan dari laman sembang “Soal Jawab Skrip Pine™” di TradingView.

Kami harap anda mendapati penambahbaikan ini berguna. Sila teruskan menghantar kepada kami maklum balas anda. Kami membina TradingView untuk pengguna-pengguna kami dan kami suka mendengar dari anda.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta