TradingView Desktop Beta – Balik ke Masa Depan

Dec 15, 2020

Lebih daripada sepuluh tahun yang lalu, kami memulakan perjalanan untuk membawa teknologi termaju ke laman web. Kini, TradingView juga tersedia dalam versi atas meja(desktop). Ini adalah pelancaran beta yang rasmi dan kami berharap untuk mendengar maklum balas anda. Kami tidak menjangka akan berlaku sebarang isu yang besar. Oleh sebab , aplikasi ini masih baru, kami berharap untuk mendapatkan pandangan anda.

Ciri-ciri utama TradingView Desktop:

Sokongan multi-monitor

Penggunaan monitor berbilang penting untuk para pedagang. TradingView Desktop membenarkan anda mengatur dan memulihkan ruang kerja multi-monitor anda tanpa batasan yang biasanya dihadapi oleh pelayar.

Pengalaman atas meja

Bosan selalu kehilangan carta yang tersembunyi antara tab terbuka Twitter dan Youtube anda? Jadikan TradingView mudah dicari melalui satu kali klik dari menu atas meja anda. 

Lebih cepat dan efisien

TradingView Desktop adalah lebih cepat daripada pelayar biasa anda. Anda boleh menggunakan kedua-duanya , dan juga aplikasi mudah alih kami. Semuanya sama, di mana semua susun atur, senarai amatan dan tetapan akan disegerakkan.

Muat turun untuk Windows 10 atau Mac OS

Nota: untuk Binaan Windows 10 sebelum tahun 2004, anda perlu mengaktifkan pilihan ‘apps Sideload’ )

Kami ingin mendengar pendapat anda, jadi sila hantarkan maklum balas dan cadangan anda kepada kami – seperti biasa, gunakan butang tanda soal di bawah. Terima kasih kerana memilih TradingView.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta