Verse DEX kini berada di TradingView

May 29, 2023

Kami menganggap ia adalah tugas kami untuk membantu anda menjadikan analisa pasaran anda lebih tepat dan memberikan anda data paling serba boleh dari sebanyak mana sumber yang ada. Pada hari ini, kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa dalam usaha ini, kami telah menyepadukan data dari Verse DEX, satu pertukaran kripto dari Bitcoin.com — salah satu daripada pemain utama dalam pasaran kripto.

Bitcoin.com ialah satu jenama dengan satu sejarah panjang dipenuhi kejayaan, dan pada hari ini ia mewakili satu ekosistem berkembang pesat dengan lebih daripada 40 juta dompet kripto jagaan sendiri, portal beritanya sendiri dengan lebih daripada 2.5 juta pembaca setiap bulan, aplikasi mudah alih DeFi tersedia berbilang rantaian, dan banyak lagi kelebihan untuk peminat kripto dari seluruh dunia.

Segala usahanya adalah bertujuan kepada membawa kebebasan ekonomi kepada pengguna dan dalam melakukannya, Bitcoin.com telah melancarkan Verse DEX, satu pertukaran tidak berpusat ciri penuh yang membenarkan perdagangan tanpa kebenaran, selamat dan dengan yuran yang rendah. Ia merupakan satu bahagian utama dalam ekosistem Verse Bitcoin.com dan sekarang datanya sudah tersedia di TradingView!

Anda sekarang boleh terus menaip awalan VERSEETH: di dalam ruangan carian simbol dan mengakses simbol-simbol Verse DEX yang ada di TradingView. Analisakan putera dan puteri dunia kripto dengan data dari satu sumber yang dipercayai:

Kami melakukan yang terbaik untuk terus menambahkan data pasaran baru supaya anda tidak merasakan ada sesuatu yang tidak mencukupi. Jangan lupa bahawa Verse DEX adalah satu daripada banyak lagi. Platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta