Lebih penambahbaikan untuk Profil Volum

May 20, 2022

Pendapat anda adalah sentiasa sangat penting untuk kami, jadi kami telah mengambil kira semua maklumbalas yang bagus kepada kemaskini terakhir Profil Volum kami. Dan hari ini kami mempersembahkan kepada anda beberapa naiktaraf yang lebih lagi, penting yang akan menjadikan bekerja dengan VP akan menjadi lebih baik dan lebih mudah.

Bar berdasarkan tempoh masa untuk penunjuk Periodic Volume Profile (PVP)

Seperti yang anda telah ketahui, penunjuk Periodic Volume Profile membenarkan pembinaan profil volum untuk tempoh lebih dari satu hari dagangan. Anda boleh membina PVP pada satu bilangan hari, minggu dan bulan tertentu. Dalam kemas kini hari ini, kami telah meluaskan kefungsian untuk penunjuk dengan menambahkan keupayaan untuk menyatakan bilangan bar di mana profil volum boleh dibina.

Seperti sebelumnya, nilai tempoh adalah ditetapkan menerusi pilihan “Tempoh”. Di dalam kawasan pertama, pengganda tempoh adalah ditetapkan, dan di dalam kedua, tempoh itu sendiri, yang sekarang boleh mengambil nilai “Bar” sebagai tambahan kepada nilai-nilai lain.

Mengkonfigurasi sesi-sesi tersuai untuk penunjuk Session Volume Profile

Tetapan untuk penunjuk SVP dan SVP HD menjadikan ianya boleh memilih sesi yang perlu bergantung kepada maklumat pasaran mana yang anda berminat. Akan tetapi, ada simbol-simbol yang tidak dibahagikan kepada sesi biasa dan dipanjangkan, seperti hadapan atau forex.

Di dalam kemaskini terkini, satu jenis sesi, Tersuai, telah ditambahkan. Dengannya, anda boleh menetapkan tempoh permulaan dan pengakhiran yang anda mahu lukiskan Volum Sesi.

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai membina profil volum di dalam artikel ini. Harap anda mendapati kemaskini terbaru ini berguna. Selamat berdagang.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta