Laporan Commitments of Traders di TradingView

Jan 25, 2022

Ia adalah sentiasa menjadi satu keutamaan kami untuk sentiasa memberikan kepada pengguna-pengguna kami lebih banyak data baru. Jadi pada hari ini, kami teruja untuk mengumumkan satu lagi tambahan kepada suapan data TradingView — pada masa ini kami telah menambahkan keseluruhan Perpustakaan Pine dengan data Commitments of Traders.  

Commitments of Traders (COT) — adalah data selaras oleh Commodity ​Futures Trading Commission (CFTC). Ia adalah diterbitkan setiap minggu dan menunjukkan pegangan agregat untuk peserta-peserta pasaran hadapan A.S. CFTC mengawalselia pasaran derivatif yang didagangkan pada pertukaran-pertukaran berbeza, jadi data ​COT adalah tersedia untuk asset-aset yang boleh didagangkan pada CBOT, ​CME, NYMEX, COMEX, dan ICEUS.

Ada tiga jenis laporan yang tersedia di TradingView: Legacy, Disaggregated, dan Financial. Bersama-sama dengan arahan terperinci mengenai bagaimana untuk mengakses data melalui Pine, perpustakaan juga memberikan anda dengan empat penunjuk-penunjuk berguna, yang akan semestinya memudahkan anda di dalam analisis anda:

Anda juga boleh membuka bar carian dan menaip awalan “COT:”, “COT2:”, “COT3:”, mereka akan memberikan anda akses kepada laporan Legacy Commitments of Traders, laporan Disaggregated Commitments of Traders, dan laporan data Traders in Financial Futures.

Kami harap data yang baru ditambahkan ini akan berguna untuk analisis anda di masa hadapan. Sila hantar kepada kami maklumbalas anda — ia membantu kami menjadikan TradingView lebih baik. 

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta