Tab Kewangan yang baru dan dipertingkatkan

Feb 7, 2023

Kami telah mengeluarkan beberapa kemaskini kepada tab kewangan yang terletak pada halaman simbol. Jika anda merupakan seorang pelabur yang berminat dengan Tesla, Apple atau syarikat lain, anda boleh melakukan penyelidikan mendalam dengan menggunakan halaman kewangan syarikat.

Wajah dan rasa baru

Kami telah mengemaskini halaman Gambaran Keseluruhan untuk memasukkan lebih banyak data dan visual. Pelabur-pelabur boleh mengikuti arah aliran penting dalam pendapatan, aliran tunai, margin keuntungan dan banyak lagi.

Bahagian Penyata, Statistik, Dividen dan Perolehan juga telah dikemaskini dengan tambahan ciri-ciri berguna. Seperti yang anda boleh lihat dalam syot layar di bawah, beberapa penambahbaikan akan nampak dengan ketara:

  • Setiap garisan kewangan sekarang adalah lebih tersusun di dalam lajur dan baris, dengan anak panah lungsur turun untuk memudahkan anda pergi kepada bahagian lebih kecil dan ia boleh dipaparkan dalam bentuk data sukuan atau tahunan.
  • Kami sekarang menunjukkan pertumbuhan tahun demi tahun (year-over-year) (YoY).
  • Pelabur boleh mencipta carta-carta bar tersuai mereka sendiri pada bahagian teratas halaman dengan memilih metrik kewangan yang mereka mahukan – hanya klik mana-mana metrik yang anda mahu masukkan dan carta bar pada bahagian atas akan melakukan semuanya.

Carian untuk metrik kewangan

Pelabur juga boleh menemukan satu kotak carian di dalam tab Penyata. Ciri carian ini boleh digunakan untuk mencari apa-apa metrik asas (fundamental metric) di dalam tab. Taipkan hasil atau perkataan lain yang lebih kompleks seperti tak ketara (intangible) atau  pelunasan (amortization) untuk melihat dengan cepat data kewangan tertentu.

Ikuti sejarah dividen

Jejaki sejarah pembayaran untuk sesebuah syarikat termasuklah pembayaran dividen sukuan, nisbah perubahan, sejarah pembayaran dan tarikh tanpa dividen (ex-dividend date). Untuk pelabur-pelabur dividen, halaman ini akan memberikan kelainan yang ketara dengan memberikan lebih banyak perspektif sejarah mengenai pembayaran dividen.

Helo, data separuh tahunan!

Untuk syarikat-syarikat yang berpangkalan di Australia atau New Zealand, dan beberapa syarikat permodalan kecil di seluruh Eropah, pada masa ini pelabur boleh mengakses data kewangan separuh tahunan. Beberapa bahagian di dunia melakukan perkara dengan cara yang berbeza dan mereka lebih gemar menggunakan data separuh tahunan. Kami memudahkan capaian untuk syarikat-syarikat yang terletak di wilayah-wilayah ini di seluruh dunia.

Terima kasih kerana membaca! Kami tahu perubahan-perubahan ini akan membantu pelabur dan pedagang di seluruh dunia!

TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta