Data bursa saham Pakistan untuk saham, indeks dan banyak lagi: sekarang di TradingView

Jun 28, 2023

TradingView terus melebarkan sayap sejagatnya dengan mengintegrasikan lebih banyak data dari bursa sejagat, dan hari ini kami memperkenalkan tambahan terbaru kami: bursa saham Pakistan (PSX) — satu perkongsian untuk membantu anda menambahkan lebih banyak pasaran di dalam analisa anda.

PSX ditubuhkan pada tahun 1949 sebagai bursa saham Karachi dan selepas bergabung dengan bursa Lahore dan Islamabad pada tahun 2016, ia menjadi apa yang kita kenal hari ini — satu institusi kewangan terkemuka yang memudahkan pengalaman dagangan lebih adil, efisyen dan telus. PSX beribu pejabat di pusat kewangan Pakistan — Karachi — dan mempunyai beberapa cawangan di bandar-bandar utama negara, untuk memastikan kebolehcapaian untuk pemegang saham.

Bursa ini mengutamakan integriti, inovasi dan kerjasama, dan pembaktiannya kepada kecemerlangan telah menghasilkan pertumbuhan yang luar biasa. Pada hari ini, PSX menyenaraikan lebih daripada 500 syarikat dari pelbagai sektor, dari perbankan kepada telekomunikasi. Ia berfungsi sebagai satu pemangkin kepada kedua-dua pelaburan tempatan dan asing dan memainkan satu peranan penting dalam membentuk ekonomi dan pasaran modal Pakistan.

Bercakap tentang integrasi, CEO PSX, En Farrukh H. Khan, juga mengakui kepentingan rakan kongsi, “Kami berbesar hati bahawa TradingView telah melanggan data kami menerusi Deutsche Borse AG. Perkongsian perniagaan ini dengan TradingView akan membantu meningkatkan keterlihatan PSX dalam radar pelaburan untuk pelabur, pengurus dana dan peserta-peserta pasaran seluruh dunia.”

Anda boleh menjumpai senarai penuh data yang tersedia dari bursa saham Pakistan dalam carian simbol: hanya taip awalan “PSX:” ke dalam ruang carian.

Kami menunggu maklum balas dari anda — ia membantu menjadikan TradingView lebih baik.

Jangan lupa PSX adalah satu dari banyak bursa yang ada. Platform kami menghubungkan kepada ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya titik masukan yang anda perlukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta