Utamakan keselamatan akaun anda

Feb 23, 2023

Pada pengakhiran musim salju ini, kami ingin mengingatkan semua bahawa memastikan akaun anda selamat adalah sangat penting – sama penting seperti anda mengunci pintu rumah di waktu malam. Anda sememangnya tidak akan
membiarkannya terbuka dan membenarkan orang tidak dikenali masuk kan? Perkara sama yang sepatutnya anda lakukan untuk akaun TradingView anda.

Tuangkan satu cawan teh panas dan lihat beberapa langkah yang mudah tetapi penting untuk dilaksanakan ini.

Jika anda mengikutinya, kami dapat menjamin bahawa tiada siapa akan dapat memecah masuk ke dalam carta anda, menukar tetapan anda atau, minta simpang, memadamkan mana-mana data bernilai anda yang telah simpan.

  • Guna kata laluan yang unik untuk semua tapak dan aplikasi. Jangan kumpulkan semua telur dalam satu bakul: jika satu daripada akaun anda dari platform lain digodam, akaun TradingView anda akan kekal selamat.
  • Gunakan kata laluan yang kuat. Walaupun sayasayangtradingview1$1 sedap bunyinya, ia tidak cukup kukuh untuk melindungi akaun anda. Gunakan imaginasi anda: gunakan titik, garis bawah, nombor dan huruf rawak. Lebih merepek – lebih bagus. Tetapi jangan pula terlupa untuk menghafalnya!
  • Gunakan pengesahan 2-faktor (2FA). Ia seperti Batman dalam segi perlindungan. Dengannya, sekiranya kata laluan anda dicuri, penggodam tidak dapat memasukinya. Juga, simpan kod-kod sandaran (backup) anda – sebagai langkah berjaga-jaga.
  • Gunakan aplikasi rasmi kami. Peringatan mesra: aplikasi mobil kami tersedia di Google Play untuk Android dan App Store untuk iOS. Aplikasi atas meja kami pula tersedia di laman web kami.
  • Periksa sekiranya ada pelanggaran. Memeriksa e-mel anda sekali-sekala memang memenatkan, tetapi ia boleh menjadi satu perkara yang bagus: Kami selalu memberitahu anda jika ada orang lain memasukinya. Jika anda melihat adanya penceroboh, hentikan semua sesi aktif, tukar kata laluan anda dan aktifkan 2FA.
  • Jangan kongsi tauliah anda. Amat mudah. Tauliah TradingView hanyalah untuk anda sahaja.
  • Jika anda sudah kehilangan akses kepada akaun anda, sila gunakan penyelesaian ini.

Sudah melakukan semua perkara ini? Mantap! Akaun anda selamat.

Jika anda masih belum melakukannya, sila tahan godaan untuk mengabaikan catatan blog ini (anda tau kan kami mengambil masa untuk menulis catatan ini, jadi jangan sia-siakan usaha kami) – lindungi akaun anda!

Dengan kasih sayang,

TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta