Bursa Hadapan Taiwan bekerjasama dengan TradingView untuk membekalkan data hadapan

Jul 5, 2023

“Adalah satu kesilapan besar untuk membuat teori sebelum kita mengumpulkan semua bukti,” ayat yang pernah disebut oleh Sherlock Holmes, dan kami di TradingView menyokong kata-kata penyiasat terkenal dalam penggunaan kaedah ini. Disebabkan itu kami terus menambahkan data pasaran baru — untuk menyediakan anda dengan segala yang diperlukan untuk satu analisa yang lengkap. Pada hari ini, kami memperkenalkan satu tambahan baharu kepada suapan data kami — data hadapan dari Bursa Hadapan Taiwan (TAIFEX).

TAIFEX ditubuhkan pada tahun 1997 untuk membantu dagangan hadapan dan mengukuhkan ekonomi Taiwan; ia memulakan dagangan setahun kemudian, bersama-sama dengan melancarkan produk pertamanya — niaga hadapan di Indeks Saham Berwajaran Permodalan Bursa Saham Taiwan (TAIEX). Bursa ini berfungsi sebagai satu platform lengkap dengan fungsi-fungsi dagangan, penyelesaian dan pengawasan pasarannya sendiri — semua ini disasarkan kepada merangsang aktiviti dagangan di Taiwan dan membangunkan pasaran hadapan domestik.

Selama beberapa dekad, TAIFEX telah melakukan banyak usaha, menaik taraf kemudahannya dan mencari pertumbuhan stabil, dan pada hari ini, ia telah menyenaraikan dalam 300 produk. Diantaranya adalah hadapan indeks ekuiti, hadapan saham tunggal, hadapan ETF, hadapan komoditi dan hadapan mata wang.

Dan sekarang, data hadapan TAIFEX adalah tersedia untuk pengguna TradingView. Untuk melihat semua aset yang telah ditambahkan, hanya taip “TAIFEX:” dalam ruangan carian simbol:

Sila ambil maklum: data masa nyata untuk hadapan TAIFEX hanya tersedia untuk penduduk Taiwan. Selain daripada itu, data tertunda akan dipaparkan secara lalai.

Kami percaya data baharu akan memperkayakan analisa pasaran hadapan anda dengan idea-idea dan peluang-peluang baharu. Beritahu kami apa pendapat anda tentang kemas kini terkini kami — kami menghargai maklum balas anda. Dan jangan lupa bahawa TAIFEX adalah satu daripada banyak lagi. Platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta