VWAP Berlabuh kini Tersedia di TradingView

May 28, 2020

Oleh sebab permintaan tinggi, kami telah menambahkan VWAP Berlabuh sebagai alat melukis untuk semua orang

What is Anchored VWAP? Apakah VWAP Berlabuh?

VWAP berlabuh menunjukkan harga purata berwajaran volum untuk tempoh masa tertentu , bermula dari titik yang dipilih oleh pengguna. Dengan kata lain, VWAP berlabuh ini menunjukkan harga aset yang diubah untuk volum bermula dari mana-mana titik yang dipilih pada carta. Alat yang hebat ini mengambil kira bilangan saham didagang pada setiap aras harga dan memaparkannnya sebagai garis yang licin.

Bagaimanakah cara untuk menambahkan AVWAP kepada carta anda?

1.Pilih VWAP Berlabuh dari senarai alat melukis yang terletak panel kiri carta seperti yang ditunjukkan di bawah.

2. Klik pada carta untuk memilih titik dari mana anda ingin memulakan pengiraan. Lengkung harga purata volum berwajaran akan dipaparkan pada carta seperti di bawah.

Tambahan pula, anda boleh menukarkan warna atau ketebalan VWAP Berlabuh dengan mengklik dua kali pada garisan tersebut dan memilih parameter yang sesuai dalam Tetapan.

Sejarah VWAP

Alat VWAP Berlabuh dikembangkan oleh ahli fizik dan penganalisis teknikal, Paul Levine, semasa membina Interpretasi Pasaran / Analisis Data (MIDAS) antara tahun 1995 dan 1997. Levine menperkembangkan metodologi pedagang profesional, Kevin Haggerty, yang menggunakan lengkung harga purata volum berwajaran untuk menentukan arah sesuatu kedudukan pada tahun 80an. Hari ini, Brian Shannon, Zach Hurwitz, dan CMT Association sentiasa menyokong kisah VWAP Berlabuh dan telah melakukan kerja yang luar biasa membawanya ke arus perdana.

Kami sangat gembira dapat membantu komuniti perdagangan dan pelaburan dengan menambahkan VWAP Berlabuh kepada semua carta TradingView. Harap maklum, kami baru menaiktarafkan penunjuk VWAP yang asli dan anda kini boleh memilih selang untuk dikira. Ini memberi pedagang kebolehan untuk membina garis VWAP berdasarkan selang masa pilihan mereka. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai perubahan ini dalam artikel ini di blog kami.

Pusat Bantuan kami juga menyediakan banyak maklumat berguna tentang penunjuk dan alat, yang dapat dibuka terus dari carta anda. Sekiranya, anda berminat untuk mengetahui bagaimana penunjuk Price Volume Trend berfungsi , anda boleh merujuk artikel berguna ini dari Pusat Bantuan kami.

Kami sentiasa mengalu-alukan permintaan alat atau ciri daripada anda. Seperti biasa, kami bergembira untuk membina untuk anda dan suka melihat hasil usaha kami dalam komuniti kami. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada semua ini.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta