SEMAK CIRI TERBARU KAMI – NILAI PERUBAHAN BAR

Oct 23, 2018

Perubahan harga tidak selalunya senang dilihat terutamanya ketika pasaran tidak menentu. Kami ingin memudahkan anda melihat perubahan tersebut dan telah menambahkan pilihan untuk memaparkan nilai perubahan bar dalam keterangan carta. Nilai ini menunjukkan perbezaan antara harga buka dan harga tutup untuk bar semasa.

Berikut adalah cara untuk mengira nilai perubahan bar.

  • Nilai mutlak ( dibundarkan kepada tempat perpuluhan sama seperti yang ditunjukkan di paksi harga)

Perubahan = Harga tutup – Harga buka

  • Perubahan peratusan ( dibundarkan kepada 2 tempat perpuluhan)

%perubahan = ((Harga tutup – Harga buka)/ Harga buka) * 100

Anda boleh menyahaktifkan nilai perubahan bar dalam tetapan carta anda:

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta