Menambahkan Fungsi dan Metrik Kewangan Terbina Dalam Kepada Pine

Apr 1, 2020

Pine merupakan bahasa penskripan kami yang digunakan oleh pedagang dari seluruh dunia untuk membina strategi automatik berdasarkan pergerakan harga, penunjuk teknikal, dan banyak lagi. Hari ini, kami menjadikan Pine lebih berkuasa dengan menambahkan metric dan fungsi kewangan yang terdiri daripada Modal Pasaran, Hasil dan Jumlah Liabiliti atau Hutang.

Jika anda kurang mengenali Pine dan apa yang ditawarkan , anda boleh menyemak panduan ini. Jika anda merupakan pengguna Pine, anda boleh mula menggunkana fungsi kewangan baru kami. Fungsi ini akan memulangkan data kewangan dan nilai yang diminta. Ia kelihatan seperti berikut.

financial(symbol, financial_id, period, gaps)

Berikut merupakan definisi skrip di atas:  

symbol — nama aksara awalan untuk metric yang diminta, Contohnya: “NASDAQ: MSFT”

financial_id — id untuk ciri fundamental yang diminta. Anda melihat senarai ID yang tersedia di Pusat Bantuan.

period — menunjukkan kekerapan data tersedia. FQ – setiap suku, FY — setiap tahun kewangan, TTM — 12 bulan terakhir

gapsmerupakan parameter tidak wajib, seperti parameter dalam fungsi sekuriti.

Contohnya, jika anda ingin data untuk Microsoft (NASDAQ: MSFT dan Accounts Payable untuk tempoh tertentu, skrip anda akan kelihatan seperti berikut:

//@version=4

study("My Script")

f = financial("NASDAQ:MSFT", "ACCOUNTS_PAYABLE", "FQ")

plot(f)

Nota: Jika nilai parameter ialah barmerge.gaps_on, data yang diminta akan bergabung dengan apa-apa jurang (nilai na ). Jika nilai parameter ialah barmerge.gaps_off, data yang diminta akan bergabung berterusan tanpa jurang dan semua jurang akan diisi dengan nilai terdekat sebelum ini. Sila ambil perhatian bahawa secara nilai parameter lalai ialah barmerge.gaps_off.

Apabila anda selesai, skrip Pine anda akan muncul seperti biasa di panel bawah carta anda. Dalam kes ini, Skrip Pine akan menyamai penunjuk fundamental Accounts Payable. Ingat, Skrip ini hanya sebagai contoh seperti imej di bawah :

Mulai sekarang, anda boleh mengakses penunjuk fundamental terbina dalam dengan memilih Kewangan di bahagian atas carta anda:

Kami berasa kemas kini baru ini akan membuka peluang baru untuk pedagang dan pelabur untuk membina strategi baru berdasarkan data fundamental. Kami menanti skrip baru daripada anda semua.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta