Data kripto asas daripada IntoTheBlock dan DefiLlama

Sep 7, 2022

Tuan-tuan dan puan-puan, mohon perhatian dari anda: bolehkah peminat tegar dan pelabur kripto sila berdiri? Ini kerana kami ada sesuatu untuk mereka: komuniti kripto TradingView sekarang mempunyai akses kepada data asas bukan hanya satu, tapi dua sumber baru – IntoTheBlock and DefiLlama. Jadi mari berkenalan dengan pembekal-pembekal baru kami.

IntoTheBlock, pasukan yang mengandungi “saintis data, ahli kripto dan pakar AI” ini, membekalkan data pada rantaian dan data analitik untuk lebih daripada 900 syiling (sudah tentu ia mengandungi syiling-syiling utama seperti BTC, ETH, ADA, Doge, LTC, dll.), protokol DeFi dan NFT. Kesemua data ini membenarkan anda untuk membandingkan projek-projek blok rantai dengan bilangan dompet (baru dan aktif) dan transaksi yang mengandungi perkara-perkara seperti nisbah bulls dan bears, pengagihan pemegang besar, pergerakan pertukaran dan banyak lagi. IntoTheBlock juga memberikan pemahaman unik untuk kedua-dua pasaran DeFi dan NFT dengan memasuki beberapa protokol dengan lebih mendalam dan ke dalam lebih daripada 4,000 koleksi NFT.

DefiLlama pula menjejak metrik utama untuk rantaian dan protokol di dalam ruangan DeFi, dengan membenarkan anda membandingkan pelbagai projek dengan satu daripada perbandingan yang paling berguna: Total Value Locked (TVL), cth. bilangan dana pengguna di dalam protokol yang diberikan. DefiLlama ialah pengagregat terbesar dalam perkara ini, dengan data sumber terbuka sepenuhnya dan satu metodologi yang telus. Pada masa ini mereka menjejak 1,842 protokol dari 144 blok rantai.

Kawan-kawan, bayangkan semua ini boleh lakukan kepada semua analisa kripto dan pencartaan anda. Selain daripada itu, ia boleh diakses dengan senang melalui carian simbol kami, cuma taip awalan INTOTHEBLOCK: atau DEFILLAMA:, atau anda boleh mengambil satu jalan alternatif dengan memilih IntoTheBlock atau DefiLlama di dalam menu “Pilih sumber”:

Dan kami tidak akan berhenti di sini: meluaskan pendedahan dengan lebih banyak jenis-jenis data sebegini dan menggunakannya di dalam produk kami adalah satu daripada keutamaan kami. Seperti apa yang mereka katakan, pengetahuan ialah kuasa dan kami akan berusaha setiap hari untuk memberikan anda lebih lagi kuasa ini.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta