Menggerakkan pelbagai objek lukisan dengan cepat dan tepat

Sep 21, 2022

Kadang-kadang anda perlu menggerakkan beberapa objek-objek lukisan pada masa yang sama, sebagai contoh selepas satu pemisahan saham. 

Di dalam artikel ini, kami akan menunjukkan bagaimana anda boleh melakukannya dengan cara paling efektif.

Pertama, pilih objek yang anda mahu gerakkan. Ini boleh dilakukan dalam cara berikut:

  • Pilih setiap objek satu per satu dengan menekan kekunci Ctrl pada Windows atau kekunci ⌘ pada Mac.
  • Pilih kawasan carta dengan objek-objek yang diingini dengan menekan butang kiri tetikus dan kekunci Ctrl pada Windows atau pada kekunci ⌘ pada Mac.

Sebaik sahaja objek-objek ini dipilih, mereka boleh digerakkan menggunakan:

  • Anak panah papan kekunci, yang membenarkan anda menetapkan posisi-posisi objek dengan tepat — akan tetapi kaedah ini agak memakan masa.
  • Menarik dengan cara klik kiri, yang merupakan cara paling pantas untuk menggerakkan objek tapi akan menjadikannya sukar untuk meletakkan objek-objek ini di atas carta dengan tepat.

Kami berbangga untuk mengumumkan bahawa kami telah menambahkan satu cara lagi untuk menggerakkan objek-objek, yang membenarkan anda menggerakkan objek-objek dengan pantas dan tepat. Sekarang apa yang anda perlu lakukan adalah memilih beberapa objek-objek lukisan di atas carta atau di dalam salasilah objek, buka tetapan pada objek-objek yang dipilih dan tetapkan nilai-nilai untuk digerakkan pada tab “Anjakan”.

Apabila digerakkan, koordinat untuk setiap titik pada objek-objek yang dipilih berubah, di mana operasi matematiknya digunakan: penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian pada nilai-nilai harga, dan penambahan dan penolakan pada indeks bar.

Nampak macam mudah kan!

Letakkan +5 di dalam ruang input dan tekan Enter — ini akan menggerakkan semua objek-objek lukisan menaik 5 unit pada skala harga.

Perlu diketahui bahawa pengiraan dilakukan mengikut semua peraturan matematik untuk koordinat setiap titik, dan pendaraban/pembahagian pada harga boleh membawa kepada satu perubahan visual pada objek-objek. Sebagai contoh, jika satu daripada titik objek mempunyai koordinat negatif, dan yang keduanya mempunyai koordinat positif, mereka akan digerakkan ke arah bertentangan apabila didarabkan. 

Tunggu dulu.

Jika anda memasukkan satu nombor tanpa satu tanda, semua objek-objek lukisan akan digerakkan ke nilai koordinat yang telah dipilih.

Tip: anda boleh menjadikan kerja anda dengan objek-objek lukisan menjadi lebih efektif dengan menyesuaikan keterlihatan tersuai untuk pelbagai objek-objek pada satu-satu masa.

Kami senantiasa bekerja untuk menjadikan platform kami lebih mudah digunakan untuk anda dan kami harap innovasi ini akan menjadi lebih berguna. Terima kasih kerana memilih TradingView!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta