Data pertukaran NCDEX sekarang tersedia di TradingView

Dec 16, 2022

Selepas banyak permintaan dari pengguna-pengguna institusi dan juga komuniti di India kami yang semakin berkembang, kami mengalu-alukan kedatangan National Commodities & Derivatives Exchange (NCDEX) ke TradingView! Dengan integrasi data hebat ini, semua derivatif komoditi pertanian sekarang tersedia untuk semua ahli kami.

NCDEX ditubuhkan pada 23 April 2003, sebagai sebuah syarikat awam terhad dan pertukaran komoditi yang memfokuskan kepada merevolusasikan sektor pertanian India. Ia memainkan satu peranan kritikal kepada India sebagai salah satu negara yang berkembang pesat dan untuk pedagang-pedagang sejagat yang mahu mengikuti pasaran India. NCDEX pada masa ini merupakan pertukaran derivatif pertanian terbesar di negara ini, dengan pecahan pasaran sebanyak 80% di dalam kontrak derivatif pertanian untuk tahun kewangan berakhir Mac 2022.

NCDEX menawarkan kepelbagaian produk-produk dengan fokus utama mereka adalah pasaran hadapan komoditi termasuk opsyen dan hadapan indeks. Instrumen-instrumen ini mencipta satu peluang yang luas untuk memenuhi kehendak pelbagai peserta-peserta pasaran di India dan seluruh dunia.

Data NCDEX boleh diakses dengan menaip NCDEX: di dalam kotak carian dan memilih komoditi yang anda mahu cartakan dan lakukan penyelidikan.

Kami harap anda menyukai tambahan ini ke dalam suapan data kami. Sila hantarkan komen, soalan dan maklum balas anda kepada kami. 

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta