Pelancaran Versi Stabil Perpustakaan Pencartaan dan Terminal Perdagangan 1.15 Yang Baru

Jan 14, 2020

Kami bergembira untuk mengumumkan pelancaran versi stabil Perpustakaan Pencartaan dan Terminal Perdagangan. Kami telah menambahkan penunjuk, menjadikan windows lebih responsive untuk mudah alih, membaiki pepojat dan menambahbaikkan API untuk membuat alat lukisan. Kemas kini terkini menambahkan lebih banyak fungsian, kelajuan dan prestasi kepada Perpustakaan Pencartaan dan Terminal Perdagangan untuk rakan kongsi kami.

APAKAH YANG BARU DALAM PERPUSTAKAAN PENCARTAAN?

Antara muka Pengguna

  • Membuatkan dialog penunjuk lebih mudah suai (Github issue #4247) Guna penunjuk di sebarang peranti terutamanya peranti mudah alih!
  • Menambahkan jenis carta baru yang bernama Min-Max (Github issue #3898). Keadah baru untuk memaparkan data untuk analisis pasaran!
  • Pelbagai skala harga(Github issue #3900) Lebih banyak skala bermaksud lebih banyak cara untuk mengubah perspektif anda.
  • Menambahkan tetapan Skala Songsang (Github issue #3376) Terbalikkan arah carta harga dengan tetapan skala songsang.
  • API untuk menguruskan siri utama (Github issue #4169) Kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyesuaikan carta.
  • Menambahkan tetapan Magnet Kuat (Github issue #3902)  Magnet kuat  membolehkan sauh lukisan melekat pada nilai graf tidak mengira betapa jauh kursor daripada mereka.
  • Menambahkan pilihan Bar Kurus (Github issue #3900) Menyesuaikan kemunculan bar carta mengikut kehendak anda!
  • Menambahkan kebolehan untuk mengeset Selang Khusus (Github issue#1191)  Lebih banyak kebebasan untuk pencartaan dan analisis data!

Penambahbaikan

  • Menambahkan kebolehan untuk menukarkan format paparan harga untuk pesanan besar (Github issue #4360).
  • Menambahkan parameter baru untuk kaedah yang mengeset kawasan boleh dilihat pada garis masa (setVisibleRange) yang menentukan nilai margin yang betul dalam peratusan (Github issue #4512).
  • Menambahkan kebolehan untuk menetapkan margin yang betul secara lalai semasa menggunakan sempadan kawasan boleh dilihat (setVisibleRange) (Github issue #4233).
  • Menambahkan pilihan di mana apabila bar baru muncul, ia membenarkan carta menyusut dan bukan bergerak di luar sempadan kiri (Github issue #4188).
  • Untuk bar yang mempunyai resolusi lebih tinggi daripada 1D, kaedah getVisibleRange memulangkan tempoh masa bermula pada 00.00 (Github issue #4187).
  • Mengemaskinikan data untuk zon waktu yang disokong (Sao Paulo) (Github issue #4449).
  • Menambahkan kebolehan untuk untuk menyembunyikan petunjuk carta (Github issue #4126).
  • Menambahkan kebolehan untuk membatalkan had kepada maksimum pengembangan carta yang boleh dibuat di garis masa. (Github issue #4043).
  • Menetapkan paparan tag harga untuk semua jenis parameter input carta (Github issue #4042).
  • Menambahkan kaedah untuk mendapatkan zon waktu untuk carta terpilih (Github issue #3943).
  • Menambahkan kaedah untuk menerima peristiwa untuk mengeluarkan penunjuk daripada carta (Github issue #3899).
  • Menukarkan cara penunjuk khusus dimuatkan (Github issue #3563).
  • Menambahkan kebolehan membuat warna latar belakang untuk carta menjadi telus (Github issue #3288).
  • Simbol daripada tetapan pembina graf kini ditukar kepada symbol daripada graf disimpan yang dimuat (Github issue #2493).
  • Menambahkkan kaedah baru (setVisiblePriceRange) untuk mengeset julat harga spesifik pada carta(Github issue #1408).
  • Menambahkan kebolehan untuk menukarkan ketinggian dan aturan tingkap menggunakan kaedah software (Github issue #1232).

Penunjuk

Menambahkan 21 penunjuk popular baru untuk memperkembangkan kebolehan analisis teknikal (Github issue #4170).

Pepijat yang Dibaiki

  • Membaiki isu berkaitan penunjuk bergerak semasa isu pertukaran saiz carta (Github issue #4456).
  • Membaiki penyimpanan, penamaan dan pembinaan salinan graf selepas memadamkan ruang kerja yang disimpan (Github issue #4454) (Github issue  #3878) (Github issue  #3872).
  • Membaiki ralat semasa memuatkan template disimpan (Github issue #4407).
  • Selang masa untuk perbandingan alat dan siri utama kini sepadan (Github issue #4372).
  • Jumlah data yang dimuatkan untuk penunjuk ini selalu berdasarkan kepada jumlah data dimuatkan untuk siri utama(Github issue #4366).
  • Membaiki pemilihan font untuk label kedudukan pada carta (Github issue #4353).
  • Membaiki offset penunjuk di Skala Masa untuk data masa nyata (Github issue #4366).
  • Memulangkan kebolehan untuk menambahkan penunjuk Volum kepada tetingkap carta tambahan (Github issue #4198).
  • Membaiki paparan teks untuk alat melukis Nota (Github issue #4144).
  • Membaiki cara kaedah setVisibleRange dan getVisibleRange beroperasi (Github issue #4110).
  • Memulangkan kebolehan untuk menambahkan tooltip untuk label pesanan pada carta (Github issue #4079).
  • Membaiki penutupan segera dialog penunjuk selepas klik Github issue #4077).
  • Membaiki kaedah setVisibleRange untuk pelbagai graf dalam susun atur(Github issue #4068).
  • Membaiki nilai berangka sebagai symbol pada carta(Github issue#4039).
  • Dialog pengesahan operasi kini ditutup apabila butang-butang dialog diklik (Github issue #3981).
  • Membaiki keputusan kaedah getAllShapes (Github issue #3966).
  • Membaiki penggunaan fon untuk label pesanan dan kedudukan (Github issue #3962).
  • Dialog simpan carta kini muncul selepas memadamkan carta yang disimpan(Github issue#3954).
  • Membaiki kebolehan untuk mengeset alat melukis semasa mencipta melalui kaedah berasaskan software (Github issue #3930).
  • Membaiki paparan teks untuk garis Mendatar(Github issue #3918).
  • Membaiki penatalan carta semasa mengklik Garis Trend dalam Safari mudah alih(Github issue #3871).
  • Menambahbaikkan penaipan Typescripts(Github issue #3826).
  • Membaiki paparan tarikh untuk bar yang mempunyai resolusi dua jam Github issue #3678).
  • Menyelesaikan isu kelihatan alat lukisan daripada carta untuk beberapa resolusi (Github issue #3594).
  • Menyelesaikan label bertindih pada skala harga semasa pilihan Tiada label bertindih dipilih (Github issue #3513).
  • Memulangkan kebolehan untuk menukar pesanan dengan menarik label pesanan pada carta(Github issue #3480).
  • Membaiki isu pertukaran jenis carta semasa menukar tema warna(Github issue #3459).
  • Membaiki kaedah untuk menggantikan ciri-ciri semasa mencipta alat mengecat(Github issue #3419).
  • Membaiki tetapan kebolehlihatan plot untuk Titik Pivot(Github issue #3441).
  • Semasa menukar symbol , tooltip untuk Peristiwa yang dipanggil untuk symbol yang sebelumnya pada carta kini disembunyikan(Github issue#3165).
  • Membaiki masalah untuk memaparkan tanda alat melukis semasa opsyen disableSelection masih aktif(Github issue #2864).
  • Membaiki saiz tooltip untuk alat melukis Ramalan(Github issue #2289).
  • Menukar tingkah laku menu konteks supaya submenu tidak bertindih (Github issue #2007).

 

WHAT’S NEW IN THE TRADING TERMINAL? APAKAH YANG BARU DALAM TERMINAL PERDAGANGAN

Antara muka Penggua

Menambahkan pilihan susun atur carta yang baru dalam pelbagai carta (Github issue #3629).

Bugs Fixed Pepijat yang Dibaiki

  • Membaiki paparan kedalaman pasaran(Github issue #3975).
  • Mengeluarkan item menu konteks Perdagangan untuk menu konteks teteingkap carta tambahan (Github issue#3926).
  • Membaiki semua jenis carta Jepun(Github issue #3893).
  • Membaiki isu semasa percubaan menutup kedudukan daripada carta dalam terminal perdagangan(Github issue #4245).
  • Mengeluarkan pemuatanfail .mp3 yang tidak wujud dalam terminal Perdagangan

Terima kasih kerana sudi membaca dan sila berkongsi dengan kami pendapat anda tentang kemas kini terkini kami.

Pasukan TradingView

 

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta