Data Pyth — sekarang tersedia secara rasmi di TradingView

Mar 21, 2023

Pada hari ini, kami ada pengumuman yang mengujakan yang mana kami tahu ia akan mempertingkatkan platform kami untuk semua pengguna-pengguna baru dan sedia ada. Pyth Network telah melancarkan Suapan Harga Pyth secara rasmi di TradingView — memberikan akses kepada kedua-dua data langsung dan sejarah yang dibekalkan oleh salah satu daripada pembekal data pasaran terbaru di dalam industri: Pyth. Data integrasi terbaru ini berasal dari Pythnet (satu penyumbang berasaskan rangkaian) dan sekarang tersedia di kedua-dua laman web kami dan menerusi API luar rantaian Pyth.

Sepanjang dua tahun lepas, Pyth telah menjangkaui sempadan di dalam data pasaran. Rangkaian mereka mempunyai lebih daripada 200 suapan merangkumi FX, ekuiti, komoditi dan mata wang kripto — kesemuanya sekarang hanya satu carian sahaja untuk pengguna TradingView.

Menyokong lebih daripada $35bn volum dagangan dan dengan protokol DeFi terkemuka yang menggunakan alatan mereka — Pyth telah kekal kukuh sebagai satu rangkaian yang membantu pedagang membawa usaha mereka ke tingkatan lebih tinggi. Kami yakin pedagang-pedagang akan mendapat banyak manfaat dari semua data dan maklumat yang tersedia di satu tempat sahaja.

Mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Pyth? Anda boleh pergi ke laman web dan whitepaper mereka di sini.

Sedia untuk bermula? 

Kami tahu anda teruja untuk berinteraksi dengan integrasi baru ini dan berita baik adalah — anda boleh bermula sekarang! Apa yang anda perlu lakukan hanyalah buka bar carian dengan saringan aktif “Kripto” di bahagian atas, dan cari “Pyth” sebagai sumber. Dari situ, anda boleh melihat apa-apa data harga yang anda inginkan.

Kami harap anda menyukai integrasi data baharu ini dan mendapati sumber baharu ini berguna. Jangan lupa bahawa Pyth adalah satu daripada banyak lagi. Platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

 

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta