QuickSwap dan Co. — data DeFi baru di TradingView

Mar 25, 2022

Kami berada di sini pada hari ini untuk menjadikan semua peminat-peminat DeFi gembira — sila alu-alukan kedatangan tiga lagi pertukaran DeFi di TradingView! Walaupun beberapa daripada mereka telahpun tersedia sebelum ini, sekarang mereka semuanya telah di integrasikan berdasarkan kepada rangkaian Polygon. 

QuickSwap adalah satu pembuat pasaran automasi yang disukai oleh ramai pengguna-pengguna disebabkan kelajuan pantas dan cas yang rendah — terima kasih kepada Polygon. Anda sekarang boleh mengakses dengan mudah pelbagai token dan gabungan mereka yang dibekalkan oleh pertukaran ini tanpa perlu keluar daripada platform TradingView — cuma gunakan awalan QUICKSWAP: dan kemudian ticker yang anda perlukan: sebagai contoh, QUICKSWAP:WETH.

Dua pertukaran lain, Honeyswap dan SushiSwap, telah pun diintegrasikan, tetapi sebelum ini mereka hanya tersedia berdasarkan kepada rantaian blok xDai dan Ethereum. Sekarang mereka juga menggunakan rangkaian Polygon, dan anda boleh mengakses data mereka dengan awalan HONEYSWAPPOLYGON: dan SUSHISWAPPOLYGON:.

Kami harap data baru ini akan membantu anda menjadikan analisis anda lebih tepat dan efisyen. Kami sentiasa terbuka kepada maklum balas anda, dan kami melakukan yang terbaik untuk memberikan pengguna-pengguna kami dengan sebanyak mungkin data yang kami boleh.

Terima kasih, 

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta