TradingView Menambahkan Liputan Kripto

Apr 1, 2020

Di TradingView, kami telah menyokong ekosistem matawang kripto hampir 10 tahun. Pada beberapa bulan yang lalu, kami berusaha untuk membawa sebanyak boleh bursa dan data unik ke TradingView kerana kami percaya kripto akan mengubah system kewangan dunia. Kami bergembira untuk mengumumkan bahawa pasaran semerta OKEx, OKCoin , KuCoin dan derivative Huobi kini tersedia di platform TradingView.

Untuk bermula, anda boleh menaip salah satu bursa berikut dalam bar carian TradingView OKEX:, OKCOIN:, KUCOIN: atau HUOBI: dan sebuah menu ke bawah akan menunjukkan semua simbol yang berkaitan. Anda juga boleh memilih OKEX:, OKCOIN:, KUCOIN: atau HUOBI daripada senarai ke bawah untuk bursa-bursa tersedia.

Kami berharap dengan menambahkan bursa-bursa baru ini, kami terus menunjukkan sokongan kami kepada ekosistem matawang kripto di samping memberi pedagang dan pelabur data yang diperlukan untuk membuat analisis.

Seperti biasa, sila maklumkan kepada kami jika anda berpuas hati dengan pelancaran ini atau mempunyai sebarang soalan atau maklum balas. Kami sentiasa mendengar!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta