Tweet di Carta

Jun 24, 2021

Bukan rahsia lagi bahawa hantaran Twitter dapat mempengaruhi pergerakan harga saham dan pasangan mata wang. Tetapi bagaimana saya boleh mengenalpastikan pengaruhnya terhadap pembentukan corak carta saya, kami mendengar permintaan anda? Kami telah menyediakan fungsi untuk meletakkan Tweet terus ke carta anda.

Ia amat mudah sahaja.

  1. Salin link kepada Tweet.
  2. Tampalkannya di carta TradingView anda.

Tweet akan dipaparkan di carta anda mengikuti masa sepadan dengan tweet asal! Woo!

Jika anda mempunyai masalah untuk memasukkan Tweet

  • Pastikan anda telah log masuk akaun TradingView anda. Fungsi Tweet di carta hanya tersedia untuk pengguna berdaftar.
  • Anda telah log masuk akaun anda tetapi Tweet masih tidak muncul di carta selepas ditampal? Pastikan cap masa yang sepadan dengan tarikh Tweet diterbitkan berada di kawasan carta yang boleh dilihat. Mungkin di tempat di luar sempadan carta, pada data sejarah, anda telah memasukkan tiga atau bahkan lima Tweet yang serupa.

Bagaimana Tweet berfungsi di carta?

  • Tweet selalu terikat pada tarikh asal hantaran Twitter.
  • Kedudukan menegak kad Tweet boleh diubah dalam kawasan boleh dilihat carta dengan menarik kad ke atas atau ke bawah.
  • Tweet sangat serupa dengan objek lukisan: ia diikat pada simbol di mana anda memasukkannya. Tweet boleh disembunyikan atau dipadamkan, dan susunan visualnya di salasilah objek boleh ditukar

Kami berusaha menambahkan ciri-ciri baru untuk anda setiap hari,  dan sentiasa mengalu-alukan maklum balas dan cadangan anda.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta