Corak Carta Automatik: ujian beta sudah tamat

Mar 23, 2023

Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami telah menyiapkan tempoh pengujian beta terbuka untuk Corak Carta Automatik. Corak Carta Automatik ialah satu kumpulan penunjuk yang mengesan pelbagai corak di atas carta secara automatik, seperti  Dua Puncak (Double Top), Bendera (Flag), Baji (Wedge) dan lain-lain. Sepertimana hebat penunjuk-penunjuk ini, sila ambil maklum bahawa bermula dari hari ini, Corak Carta baru akan hanya tersedia untuk pelanggan akaun Premium.

Juga penting untuk diperkatakan bahawa penunjuk Corak Carta Elliott Wave, yang menentukan corak-corak paling biasa yang terdapat dalam teori Elliott: Impulse dan Zigzag.

Corak-corak adalah dibina pada titik pangsi (pivot), ia akan menganalisa 5 lilin sebelum dan 5 lilin selepas setiap lilin tertentu. Setiap penunjuk mengimbas 600 bar terakhir dan melukis pada carta kedua-dua corak yang dijumpai dalam sejarah sebelumnya dan yang telah siap terbentuk, dan juga kebanyakan corak-corak yang relevan pada masa kini. Jika ada beberapa corak bertindan sesama sendiri, penunjuk akan mengira keutamaan tertinggi dan menggunakannya.

Semasa tempoh ujian beta, kami telah menambahbaik dengan berterusan penunjuk-penunjuk kami berdasarkan kepada maklum balas anda. Dalam versi keluaran untuk corak automatik, menerusi tetapan penunjuk, anda boleh menukar bagaimana keaktifan ia bertindak kepada perubahan pada carta: dalam mod “Dalam Proses”, corak-corak akan dicari berdasarkan kepada corak yang masih belum lengkap, cth. dua titik akhiran masih belum ditemui dan ia mungkin bukan titik-titik balikan (reversal). Pendekatan sebegini memungkinkan pengesanan corak pada fasa awal pembentukannya. Jika anda tidak mengaktifkan tetapan ini, penunjuk akan hanya menunjukkan corak-corak yang sudah siap, tetapi ia akan terpapar jauh dari lilin terakhir pada carta.

Penunjuk Dalam Proses juga memberikan Sasaran Harga — tambahan logik, yang direka bentuk untuk menganalisa dengan cepat tingkatan harga sasaran dan menjejak status corak pada masa yang sama data baru muncul. Dengan menggerakkan kursor pada label “Sasaran”, carta akan memaparkan maklumat mengenai tingkatan harga yang mana corak dijangka untuk berakhir dan sama ada tingkatan ini telah dicapai atau belum.

Penunjuk Elliott Wave juga mengenalpasti corak-corak yang mula berkembang yang telah mempunyai sekurang-kurangnya 3 gelombang (waves), dan melukis unjuran jangkaan untuk gelombang-gelombang berikutnya berdasarkan teori Elliott Wave dan tingkatan Fibonacci.

Pada masa ini, ada 15 penunjuk yang tersedia untuk mengenalpasti corak-corak berlainan. Mereka boleh ditemui pada carta di dalam menu Penunjuk, Metrik & Strategi, bahagian Teknikal dan kumpulan Corak.

Anda boleh mendapat lebih banyak maklumat mengenai setiap penunjuk di dalam Pusat Bantuan kami. Hanya masukkan nama corak yang anda berminat ke dalam bar carian, atau gerakkan kursor di atas “?” di dialog pemilihan penunjuk.

Kami akan meneruskan usaha menambahbaik dan mengembangkan keupayaan di dalam Corak Carta Automatik dan semoga anda dapat memanfaatkan penunjuk-penunjuk ini. Sila kekal hantarkan maklum balas dan cadangan anda untuk penambahbaikan. Kami membina TradingView untuk anda dan kami berbesar hati untuk mendengar dari anda.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta