Sejarah Data Harga untuk Semua

Aug 13, 2021

Dalam pasaran, harga adalah segalanya. Semakin banyak data harga yang anda miliki, semakin baik keputusan anda ambil. Itulah sebabnya kami sentiasa berusaha untuk menyediakan sebanyak mungkin sejarah harga kepada semua ahli kami untuk setiap aset.

Dalam beberapa bulan terakhir ini, pasukan kami telah menemui cara untuk menambahkan data beratus-ratus tahun. Contohnya, anda kini boleh melihat harga emas sejak 187 tahun. Anda juga boleh membuat carta syarikat seperti Coca-Cola dan IBM yang menpunyai data sejak 50 tahun. Berikut adalah beberapa lagi contoh yang kini tersedia untuk anda:

  1. Dow Jones Industrial Average(Ticker: DJI) kini mempunyai sejarah harga dari 1986
  2. S&P 500(Ticker: SPX) kini mempunyai sejarah harga dari 1871
  3. Bitcoin Index(Ticker: INDEX:BTCUSD) kini mempunyai sejarah harga dari 2010
  4. Gold(Ticker: GOLD)  kini mempunyai sejarah harga dari 1833
  5. IBM(Ticker: IBM) kini mempunyai sejarah harga dari 1968
  6. Oil(Ticker: USOIL) kini mempunyai sejarah harga dari 1861
  7. Silver(Ticker: SILVER) kini mempunyai sejarah harga dari 1802
  8. Coca-Cola(Ticker: KO) kini mempunyai sejarah harga dari 1968
  9. Exxon(Ticker: XOM) kini mempunyai sejarah harga dari 1968
  10. JP Morgan(Ticker: JPM) kini mempunyai sejarah harga dari 1969.

Untuk bermula, taip ticker berikut di kotak pencarian TradingView contohnya “GOLD” atau “SPX” atau “KO”. Kemudian, pilih aset dan buka carta. Dari sini, anda boleh zum keluar untuk melihat seluruh sejarah harga. Berikut adalah beberapa carta untuk rujukan anda.

Emas sejak 1834

Bitcoin sejak 2010

Coca-Cola sejak 1968

Kami berharap anda menikmati data tambahan ini dan sila hubungi kami jika anda memerlukan lebih data. Anda boleh menghantar mesej kepada kami di  TradingViewmelalui Twitter atau pergi ke Reddit untuk permintaan tertentu. Kami akan berusaha untuk merealisasikannya. Terima kasih kerana menjadi ahli komuniti kami.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta