Penambahbaikan untuk Hadapan CME Group

Nov 16, 2022

Adakah anda salah seorang yang menyukai dagangan derivatif CME Group? Anda bertuah, kerana kami mempunyai berita baik untuk anda. Hari ini, kami telah mengeluarkan tiga ciri baru sekaligus: anda sekarang boleh melihat harga Akhir atau Penyelesaian pada carta, laraskan kontrak-kontrak sebelum ini secara terus selepas ditamatkan dan menggunakan penunjuk Kepentingan Terbuka. Kami tahu ia sangat menarik jadi mari kita lihat kesemuanya dengan lebih mendalam.

Pilihan harga tutup untuk bar harian — harga akhir atau harga penyelesaian

Pertama, carta kami sekarang membenarkan anda memilih harga untuk dipaparkan sebagai harga penutup untuk bar harian, termasuk juga untuk bar dengan resolusi lebih tinggi — harga Akhir atau Penyelesaian.

Harga Akhir mewakili harga sebenar yang ditutup pada hari dagangan. Harga Penyelesaian dikira oleh pertukaran pada akhir setiap hari dagangan berdasarkan kepada purata akhir harga tawaran dan bida. Harga sebenar penutup untuk satu hari ialah purata wajaran untuk beberapa minit terakhir dagangan — setiap pertukaran mematuhi algoritmanya sendiri untuk melakukan pengiraan, jadi tidak ada satu peraturan yang sama untuk setiap pertukaran.

Pilihan “Guna penyelesaian sebagai penutup pada selang harian” adalah diaktifkan secara automatik secara lalai pada carta untuk kontrak hadapan dan berterusan. Ada dua cara untuk menukar untuk memaparkan harga akhir sebenar:

  • Gunakan butang di bahagian bawah, tetapan:

  • Membuang tanda Guna penyelesaian sebagai penutup pada selang harian dalam tetapan:

Perubahan ini tidak terpakai untuk rangka masa intrahari – iaitu, apabila menukar kepada intrahari dari harian. Tidak mengira sama ada harga penyelesaian dinyahaktifkan atau tidak, data intrahari akan sentiasa kekal sama. Dalam kes ini, tiada butang tetapan di bahagian bawah dan juga tiada ruang Guna penyelesaian sebagai penutup pada selang harian di dalam tetapan carta.

Untuk satu bilangan kontrak, harga Akhir dan Penyelesaian akan sama – ini terjadi bila tiada dagangan sebenar dan pertukaran menghantar hanya harga penyelesaian. Harga di dalam senarai amatan dan halaman simbol adalah dipaparkan seperti sebelumnya, dengan Penyelesaian seperti tutup akan diaktifkan.

Pelarasan semula untuk kontrak hadapan berterusan

Ciri kami selepas ini juga mudah digunakan seperti sebelum ini. Kami telah menambahkan kemungkinan untuk melakukan pelarasan belakang untuk kontrak sebelumnya di dalam kontrak berterusan, untuk membuang jurang ulangan disebabkan perbezaan harga untuk kontrak-kontrak berbeza.

Pelarasan dilaksanakan seperti berikut: apabila kontrak berterusan ditukar kepada kontrak baru, semua kontrak sebelumnya akan dilaraskan berdasarkan kepada pekali yang dikira sebagai perbezaan di antara harga penutup untuk kontrak baru dan lama untuk bar harian terdekat kepada titik pertukaran di dalam kontrak berterusan. Selalunya mereka adalah bar harian yang mendahului hari gantian kepada kontrak seterusnya. Sebagai contoh, jika pengumpulan dari September ke Disember berlaku pada 30 September, pekali untuk pelarasan akan dikira sebagai penutup Disember – penutup September untuk bar harian 29 September.

Secara lalai, pelarasan semula ialah dinyahaktifkan. Anda boleh mengaktifkannya pada carta dengan satu kontrak berterusan dalam dua cara:

  • Gunakan butang b-laras (Laras untuk perubahan kontrak) di bahagian bawah

  • Pilih Laras untuk perubahan kontrak dalam tetapan

Kepentingan terbuka

Dan akhir sekali, ciri terakhir untuk hadapan CME Group yang telah kami laksanakan ialah paparan nilai Kepentingan Terbuka untuk kontrak hadapan.

Kepentingan Terbuka ialah jumlah bilangan kontrak derivatif yang masih ada dan belum diselesaikan

Adalah penting untuk difahami kerana disebabkan ini ialah bilangan posisi yang masih terbuka, nilainya boleh naik atau turun dalam masa sehari.

Pada carta, data Kepentingan Terbuka adalah tersedia sebagai penunjuk Kepentingan Terbuka:

Data adalah tersedia hanya untuk rangka masa harian, rangka masa intrahari memaparkan data dari bar harian.

Kami harap penambahbaikan kami akan memberikan lebih maklumat untuk analisa teknikal dan membantu anda membawa dagangan derivatif CME Group anda pergi lebih jauh!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta