Memperkenalkan Minda! Satu cara baru untuk bersembang mengenai simbol kegemaran anda

Dec 19, 2022

Media sosial sudah menjadi satu alat penting untuk pedagang dan pelabur. Seorang pedagang di Tokyo boleh berkongsi satu mesej mengenai Apple atau Bitcoin dan mesej itu boleh dilihat serta-merta oleh mereka yang berada di New York, London, dan banyak lagi. Media sosial menghubungkan komuniti-komuniti pelabur dan pada hari ini, kami teruja untuk memperkenalkan ciri sosial terbaru kami — Minda!

Minda ialah satu suapan media sosial di mana pedagang-pedagang berkumpul untuk bersembang, mengikuti dan berbincang mengenai simbol-simbol tertentu. Bayangkan Minda sebagai satu suapan yang dicipta oleh kenalan anda — penuh dengan pendapat, nota dan topik-topik berita yang dikongsi mengenai sesebuah simbol.

Suapan Minda boleh dijumpai pada halaman simbol seperti yang ditunjukkan pada imej di bawah. Periksa sendiri pada halaman simbol TSLA:

Minda juga boleh dijumpai pada bahagian kanan, tempat yang sama dimana senarai amatan dan pemberitahuan anda terletak. Ini bermakna anda boleh mencartakan apa-apa simbol semasa mengikuti apa yang pedagang-pedagang katakan di suapan Minda untuk simbol itu:

Minda pada masa ini berada dalam keadaan beta, jadi sila hantar maklum balas terbaik anda dan ketahui bahawa kami sedang bekerja dengan tekun untuk memperbaiki produk ini. Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum anda bermula.

Pertama, walaupun Minda adalah terbuka untuk semua pengguna membaca, mengikuti dan mengundi, hanya ahli-ahli berbayar (Pro, Pro+, dan Premium) boleh melakukan catatan kepada suapan Minda dan meninggalkan komen:

Beritahu kami apa anda fikirkan mengenai Minda — Twitter dan subreddit kami adalah tempat terbaik untuk maklum balas.

Dibuat dengan kasih sayang, TradingView.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta