Mengumumkan Suapan Data Baru dari Indonesia , Hang Seng dan Banyak Lagi.

Jul 20, 2020

Sebagai ahli TradingView, anda mendapat akses kepada data kewangan dari seluruh dunia. Matlamat kami ialah membolehkan data pasaran terbuka dan senang diakses. Pada bulan yang lepas, kami telah menambahkan beberapa suapan data kepada TradingView. Kami akan menjelaskan lebih lanjut dalam hantaran ini.

IDX — Indonesia

Bursa Indonesia yang berpusat di Jakarta, ialah bursa saham tertua dan terbesar di Indonesia. Kami telah membolehkan semua pengguna mengakses data tertangguh 15 minit. Jika anda ingin mendapatkan harga masa nyata, pengguna berbayara oleh menambahkan suapan data masa nyata kepada akaun mereka.

Hang Seng Indices — China

.Indeks Hang Seng ialah indeks pasaran saham di luar Hong Kong. Ia merupakan pengukur utama keadaan pasaran ekuiti Hong Kong dan juga set data penting untuk sistem kewangan dunia. Data ini tersedia dalam masa nyata.

Lima (BVL) — Peru

Bursa Saham Lima ialah bursa saham terbesar di Peru dan melaksanakan volum perdagangan yang majoriti dalam negara ini. Ia juga terdiri daripada terdiri daripada beberapa indeks dan sektor yang dimiliki. Data ini juga tersedia kepada semua di TradingView secara percuma bagi data minit tertangguh. Kepada yang memerlukan data masa nyata, anda masih boleh membeli dan menambahkan kepada akaun anda.

NZX — New Zealand

Bursa New Zealand menguruskan bursa untuk beberapa pasaran penting termasuk ekuiti, hutang, derivative dan tenaga. Ia berpusat di Wellington, New Zealand dan sehingga kini mempunyai 178 sekuriti tersenarai. Data yang tertangguh selama 20 minit tersedia untuk semua.

Kami berharap maklumat ini berguna dan anda dapat menikmati senarai suapan data di TradingView yang semakin bertambah. Terima kasih kerana menjadi sebahagian komuniti kami.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta