Auto Anchored Volume Profile

Oct 26, 2022

Kami teruja untuk memperkenalkan tambahan baru kami Auto Anchored Volume Profile (AAVP). Ia memaparkan hanya satu profil pada satu-satu masa, bermula dengan pilihan titik secara automatik dan dipanjangkan ke bar terakhir pada carta. Apabila satu tempoh baru dicapai, profil sebelum ini akan dibuang dan yang baru akan bermula, membenarkan anda untuk memfokuskan kepada aktiviti pasaran terkini.

AAVP berkongsi banyak ciri-ciri dengan profil volum kami yang lain, yang anda boleh baca di dalam Pusat Bantuan, tetapi ia datang dengan tiga kaedah sauhan: Tinggi Tertinggi (HH), Rendah Terendah (LL) dan Volum Tertinggi (HV). Apabila mana-mana daripada yang ini dipilih, selain daripada ia mengeset semula pada satu tempoh tetap, AAVP akan mencari bar HH/LL/HV di dalam bilangan bar terakhir yang ditentukan pada ruang “Panjang” dan memulakan profil dari situ, meletakkan semula profile sebagai bar-bar baru yang datang yang memenuhi keadaan set semula.

Seperti profil volum kami yang lain, AAVP juga boleh memaparkan pilihan anda untuk volum “Naik/Turun”, “Jumlah” atau “Delta”.

Kami harap anda mendapati ciri yang sangat dipinta ini berguna seperti yang kami rasakan dan sila sentiasa hantarkan maklumbalas dan cadangan anda supaya kami boleh menjadikan platform ini sebaik yang mungkin. Kami membina TradingView untuk anda dan kami sentiasa berminat untuk mendengar pendapat anda.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta