Anda Kini Boleh Memaparkan Label Bidaan dan Tawaran pada Skala Harga dan Garis Bidaan dan Tawaran di carta.

Jul 30, 2020

Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kebolehan platform kami untuk menjadikannya lebih efisien untuk anda. Hari ini, kami bergembira untuk memperkenalkan tetapan carta baru untuk memaparkan garisan dan label Bidaan dan Tawaran.

Tambahan pula, kami telah menambahkan tetapan di mana pengguna boleh memaparkan garisan dan label Bidaan dan Tawaran bukan hanya pada skala harga, malahan di carta itu sendiri. Alat ini merupakan tambahan yang baik kerana anda kini boleh melihat harga penawaran dan permintaan terbaik terus dari carta. Ini membolehkan anda bertindak dengan lebih cepat terhadapa perubahan pasaran, besar atau kecil.

Untuk bermula, anda boleh mengaktikkan alat ini dengan pergi ke Tetapan dalam tab Simbol dan mengklik pada pilihan Garisan Bidaan dan Tawaran.

Untuk mengaktifkan label Bidaan dan Tawaran pada skala, mula dengan membuka menu konteks skala harga. Kemudian, pergi ke Label, dan akhirnya mengklik pada Label Bidaan dan Tawaran

Garisan dan label pada skala harga dan carta, boleh diaktifkan dan dinyahaktifkan secara berasingan. Anda boleh mengubah warna garisan dalam Tetapan Garisan Bidaan dan Tawaran.

Kami berharap kemas kini ini dapat membantu anda. Sila terus menghantar maklum balas, komen , dan cadangan anda kepada kami untuk kemas kini yang akan datang.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta