Lampu, Kamera, Aksi! Idea video kini tersedia untuk semua pengguna.

Jan 30, 2018

Kebanyakan pedagang aktif kami mungkin mengetahui bahawa halaman idea sudahpun mempunyai video. Ciri ini dibuka kepada segelintir pengguna semenjak kami menjalankan beta tertutup. Kami dengan gembira ingin memaklumkan kepada anda bahawa kami telah membuka ciri ini kepada semua pengguna. Anda kini boleh berkongsi idea dan pemikiran tentang pelbagai kelas aset, indikator teknikal atau apa-apa yang anda terfikir dengan merakam video singkat. Sila ingat bahawa anda masih perlu mematuhi peraturan rumah kerana idea video juga diberi layanan yang sama seperti idea biasa.

Anda hanya perlu memiliki webcam dan mikrofon untuk bermula. Anda juga memerlukan pelayar web Google Chrome atau Mozilla Firefox kerana hanya pelayar tersebut menyokong perakaman skrin setakat ini.

Jika anda menggunakan Chrome, sila memasang ektensi TradingView istimewa yang boleh mengaktifkan perakaman skrin. Untuk merakam sebuah video, anda hanya perlu pergi ke halaman carta dan klik butang main.

3ffae25305

Pelayar anda akan memohon akses kepada webcam dan mikrofon anda. Sila ambil perhatian bahawa TradingView tidak mempunyai kawalan terhadap kualiti audio dan video dalam idea video anda. Kualiti video akan bergantung kepada pengesetan webcam/mic anda dan sebab itu kami amat menggalakkan anda menguji kualitinya sebelum merakam video tersebut. Anda juga boleh merakam video ujian tanpa menerbitkannya.

Anda perlu memilih skrin yang akan digunakan untuk perakaman video anda apabila anda telah memberi akses webcam dan mikrofon kepada pelayar anda. Anda sepatutnya boleh melihat pemasa hitung undur 3 saat selepas memilih skrin tersebut.

3a5370b04ddb294b14aa6de32b22d708-1

Anda boleh buka/tutup mikrofon dan webcam semasa perakaman. Webcam sentiasa ditutup secara lalai.

2af50ba2c4

Tempoh idea video anda tidak boleh melebihi 10 minit. Rakaman akan berhenti apabila mencapai had masa. Pemasa hitung undur akan memaklumkan kepada anda apabila anda kehabisan masa.

ccbb73b07a66a6c5e8b8a937e5a4b483

Sama ada anda menekan butang Henti & Terbit atau kehabisan masa, anda sepatutnya dapat melihat tetingkap dialog yang menunjukkan rakaman anda. Video anda sedang dimuatkan dan anda perlu menunggu sehingga selesai. Klik Terus Ke Penerbitan untuk langkah seterusnya.

ce29590cc2

Langkah seterusnya adalah sama dengan idea-idea biasa – hanya lengkapkan butiran yang diperlukan dan menunggu idea video muncul di platform kami.

Akhir sekali,pengarang yang mempunyai idea-idea video yang popular mungkin berpeluang untuk dipaparkan dalam Seksyen Pendidikan kami! Kami faham kepentingan kualiti berbanding kuantiti dan sebab itu, kami ingin memberi ganjaran kepada pencipta kandungan berkualiti.

Kami berharap anda menikmati dalam berkongsi pemikiran anda dengan menggunakan format terbaru ini dan memperkaya platform kami dengan kandungan berkualiti. Seperti biasa, maklum balas anda amat dihargai. Ikuti kemas kini kami kerana kami sentiasa menambah ciri-ciri baru.

 

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta