Pakar TradingView: barisan bintang komuniti kami

Apr 18, 2023

Kami teruja untuk mengumumkan pelancaran program Pakar TradingView kami. Inisiatif ini menghargai pedagang dan pelabur yang paling cekap, paling berwawasan dan paling hebat yang berkongsi analisa mereka dan menjadikan TradingView sentiasa di hati.

Tanpa melengahkan masa, mari kita berkenalan dengan kumpulan perintis Pakar TradingView kami:

Tim West telah bersama TradingView semenjak dari permulaan dan telah berkongsi pengetahuan dagangan saham beliau yang sangat mendalam selama hampir satu dekad. Analisa yang berwawasan dan teliti yang berdasarkan kepada kaedah dagangan yang berkuasa namun elegan, merupakan ciri istimewa beliau. Tim merupakan sebahagian daripada pasukan awal moderator, mencadangkan pelbagai ciri-ciri kepada pembangun platform kami dan menghoskan laman sembang beliau sendiri. Komuniti kami tidak akan menjadi seperti sekarang tanpa beliau.

This_Guhy telah berkongsi idea-idea beliau selama 5 tahun dan membuktikannya melalui analisa beliau. Anotasi jelas digabungkan dengan penjelasan yang terperinci dan mendalam, kebanyakannya mengenai pasaran kripto, membuatkan beliau mendapat kepercayaan tinggi dalam komuniti kami. Beliau melakukan kerja keras dalam menjelaskan kaedah dan konsep sebelum melaksanakannya dengan berkuasa kepada carta, dan pada masa yang sama tidak lokek untuk berkongsi pelbagai petua-petua ilmu pengetahuan dagangan. Sebutir permata sebenar dalam komuniti kami.

Melakukan kemunculan awal di TradingView pada tahun 2014, Norok telah membekalkan secara konsisten kepada kami; idea-idea rangka masa lebih tinggi yang telah diperhalusi yang digabungkan dengan idea-idea pembelajaran berkualiti tinggi atau perspektif makro. Kripto, Saham dan Indeks merupakan taman permainan kegemaran beliau. Beliau juga kadang-kala melakukan pengekodan dalam Pine Script dan menstrimkan pendapat beliau secara langsung, dengan mengalu-alukan semua pedagang untuk menyertai perbualan tersebut.

Akil ialah seorang pedagang professional dan guru dagangan dengan pengalaman bertahun-tahun, kebanyakannya dalam pasaran Forex. Beliau menonjol dari segi kekuatan fokus pada pengurusan risiko, disiplin dan kesabaran beliau. Alatan utama beliau adalah fibonacci, corak harmonik dan struktur, “Lihat kiri, struktur meninggalkan petunjuk” merupakan salah satu daripada ayat-ayat kegemaran beliau.

MarcPMarkets telah berada di TradingView semenjak tahun 2012, menerbitkan carta, idea dan bahan-bahan pembelajaran untuk semua. Pada hari ini, beliau merupakan seorang ahli strim yang aktif, menerima permintaan dari pedagang-pedagang seluruh dunia, menjawab soalan-soalan dan berkongsi analisa secara langsung untuk simbol kegemaran beliau: Bitcoin. Carta beliau adalah kemas, mudah difahami dan selalunya memfokuskan kepada prinsip-prinsip pengurusan risiko. Beliau juga ialah seorang pemegang rasmi sijil CMT (Chartered Market Technician).

Pakar-pakar ini bukan sahaja pedagang-pedagang yang hebat, mereka adalah tiang seri komuniti kami. Dengan senantiasa berkongsi idea-idea yang berkualiti tinggi, memberikan maklum balas, dan membantu yang lain berkembang maju, mereka menjadikan TradingView satu tempat yang lebih baik untuk semua. Untuk menghargai sumbangan hebat mereka, kami telah mencipta satu logo istimewa Pakar TradingView, yang dipaparkan pada profil mereka.

Kami akan menambahkan beberapa ahli-ahli baru ke Dewan Kemasyuran ini setiap tahun, jadi kekal berkongsi idea-idea anda, melakukan perbincangan dan memberikan bantuan kepada pedagang yang lain untuk berkembang. Anda tidak tahu — anda mungkin akan menjadi Pakar TradingView kami selepas ini!

Tahniah dan “Terima kasih!” sebanyak-banyaknya untuk semua Pakar-Pakar kami. Anda semua memberikan kami inspirasi untuk belajar, berkongsi dan berkembang maju bersama!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta