Ujian Belakang Dalam sudah keluar dari peringkat beta

Oct 16, 2023

Menguji strategi pada data sejarah adalah satu tahap penting dalam mana-mana penyelidikan pasaran: ia membantu menilai keberkesanan sesebuah strategi pada masa lalu dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahannya.

Sebelum ini dalam salah satu kemas kini kami, kami telah menambahkan satu mod baharu kepada platform — ujian pada sejarah dalam. Ia membenarkan anda untuk menguji strategi pada selang masa lebih panjang menggunakan semua sejarah yang ada. Dan sekarang kami bersedia untuk mengumumkan bahawa Ujian Belakang Dalam (Deep Backtesting) akhirnya sudah keluar dari peringkat Beta! Ini bermakna kami telah menambah baik antara mukanya dan melaksanakan beberapa ciri-ciri yang mendapat permintaan tinggi.

Sila ambil maklum bahawa Ujian Belakang Dalam hanya tersedia untuk pengguna Premium dan pedagang profesional, dan bilangan maksimum bar tersedia untuk ujian belakang adalah 2 juta.

Mari kita lihat bagaimana melakukan ujian pada sejarah dalam (deep history) adalah lebih baik dari ujian biasa.

  • Ia membenarkan pengujian srategi pada data sejarah yang tidak tersedia dalam mod ujian biasa. Dalam mod ini, anda boleh menggunakan sehingga 100 kali lebih bar, jadi anda boleh masuk lebih dalam ke dalam sejarah  sebelum ini!
  • Dengan Ujian Belakang Dalam, anda boleh menjana satu laporan untuk satu tarikh tertentu. Ia berguna apabila anda mahu menguji satu strategi dalam tempoh masa tertentu. Hanya gunakan penapis masa dan lihat di mana strategi anda menjadi paling efektif.
  • Ujian Belakang Dalam mempunyai semua tetapan dan kebaikan seperti mod biasa. Sebagai contoh, Pembesar bar — ia menggunakan data dari rangka masa lebih rendah untuk mensimulasikan pergerakan harga dalam bar dengan lebih tepat, dan ia juga berguna apabila menguji dalam sejarah dalam. Untuk memastikan maklumat dari rangka masa lebih rendah adalah cukup, kami telah menaikkan lebih banyak kedalaman sejarah Pembesar bar.

Untuk memulakan ujian belakang dalam, tambah satu strategi kepada carta dan pergi ke Penguji Strategi. Pada bahagian kanan, anda akan menjumpai satu butang togol untuk mengaktifkan mod Ujian Belakang Dalam.

Kemudian, anda boleh memilih tarikh yang dikehendaki dan klik Jana laporan.

Sila ambil maklum bahawa pengiraan dalam mod baharu adalah dilakukan pada bar tanpa merujuk kepada carta. Disebabkan ini, dagangan yang dipaparkan pada carta adalah diperolehi dari ujian belakang biasa. Ia tidak sepadan dengan dagangan yang dilakukan dalam ujian sejarah dalam.

Kami harap kemas kini ini berguna untuk anda. Teruskan berkongsi maklum balas dan cadangan anda dengan kami; dengan ini anda membantu menjadikan platform ini lebih baik. Kami membangunkan TradingView untuk anda, jadi adalah penting untuk kami untuk mengetahui apa yang anda fikirkan.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta