Lebih banyak data intrahari dalam Ulangan Bar

Feb 1, 2023

Kami sangat gembira untuk mengumumkan bahawa pengguna-pengguna pelan Premium sekarang akan mempunyai 4 kali lebih data sejarah intrahari dalam mod Ulangan Bar.

Kemaskini ini memberikan akses 6 bulan untuk data 1 minit (had lama ialah 6 minggu) dalam Ulangan Bar. Untuk rangka masa 2 minit, had ini digandakan dan data setahun untuk rangka masa 2 minit adalah tersedia; untuk rangka masa 3 minit, ia digandakan tiga dan 18 bulan untuk data 3 minit adalah tersedia dan seterusnya. Semakin tinggi rangka masa dipilih, lebih banyak data intrahari anda boleh gunakan.

Sebagai contoh, anda boleh memilih titik permulaan untuk Ulangan pada rangka masa harian untuk NASDAQ:AAPL pada satu masa dalam tahun 2016, kemudian tukar kepada rangka masa 15 minit, dan ia adalah dibolehkan untuk memainkan bar 15 minit untuk 7 tahun terdahulu dari sekarang. Hebatkan?

Lebih maklumat mengenai ciri Ulangan Bar dan bilangan data tersedia untuk Ulangan Bar, termasuk juga soalan lain mengenai bagaimana Ulangan Bar berfungsi, boleh dijumpai di Pusat Bantuan.

Kami harap anda menyukai kemaskini ini dan mendapati ia berguna dalam analisa dagangan anda. Sila teruskan menghantar kepada kami maklum balas anda. Kami membina TradingView untuk pengguna kami dan kami suka mendengar dari anda.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta