Memahami Laporan Penguji Strategi yang Baru

Jan 31, 2020

Kami tahu betapa pentingnya memiliki alat backtesting yang terbaik. Oleh itu, kami sentiasa mengemaskinikan Penguji Strategi dan mendengar maklum balas anda. Hari ini, kami telah membuat beberapa kemas kini kepada Laporan Penguji Strategi supaya mudah difahami.

Untuk melihat kemas kini kepada Laporan Penguji Strategi, pertama perlu mencari tab Senarai Dagangan. Dalam seksyen ini, kami telah menambahkan beberapa kolum baru yang membezakan Keuntungan dan Keuntungan Kumulatif:

Mari mengkaji setiap seksyen:

Keuntungan (1) —  Ini menunjukkan keuntungan setiap dagangan dan peratusan untung atau rugi dagangan tersebut.

Keuntungan Kumulatif (2) — Ini menunjukkan jumlah keuntungan dan kerugian strategi berdasarkan strategi selepas menutup dagangan dan peratusan keuntungan dan kerugian strategi tersebut untuk satu tempoh masa.

Run-up (3) — Ini menunjukkan potensi keuntungan maksimum berdasarkan strategi dan juga kerugian peratusan maksimum.

Drawdown (4)  Ini menunjukkan potensi kerugian maksimum dagangan berdasarkan strategi dan juga peratusan kerugian maksimum.

Kami berharap kemas kini kepada Laporan Penguji Strategi ini dapat membantu anda dalam keperluan idea dan backtesting. Kami mengalu-alukan maklum balas anda.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta