Label Harga Pra- / Pasca Pasaran Kini Tersedia

Sep 4, 2020

Kami telah menambahkan label baru untuk pra- dan pasca pasaran di skala harga dan paparan carta. Nilai pra- dan pasca- pasaran sentiasa tersedia di carta, dan anda boleh menggunakan selang di carta anda untuk mencari data yang diperlukan.

Untuk mengaktifkan label ini, pergi ke skala harga dan buka Menu Konteks ,pergi ke Label dan klik pada Label Pra- / Pasca- Pasaran.

Untuk mengubah dan mengeset semula paparan garisan pra- / pasca-pasaran, termasuk warna dan label warna, pergi ke Tetapan Carta, pilih Simbol, dan klik pada Garisan Harga Pra- / Pasca-Pasaran.

Harap maklum, jika anda telah mengaktifkan data perdagangan di luar sesi pada selang intra hari, label di skala dan paparan carta tidak akan dipaparkan kerana data sudah berada di carta.

Kami ingin mendengar pendapat anda tentang kemas kini kami, jadi kami berharap anda boleh memberi maklum balas anda untuk pelancaran ini. Kami berusaha bukan sahaja untuk menambahbaikkan pengalaman anda, malahan membina untuk seluruh komuniti. Kemas kini dan penambahbaikan ini memerlukan usaha yang berterusan dan kami sentiasa mencari peluang untuk membina apa yang anda perlukan. Ikuti kami untuk kemas kini baru.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta