Pembinaan Satu Langkah ke Belakang untuk Carta P&F

Jan 17, 2020

Sejak beberapa bulan yang lalu, pasukan kami menerima banyak cadangan daripada para pedagang yang menggunakan carta Point and Figure. Antara permintaan paling banyak diterima ialah keperluan untuk proses pembinaan satu langkah ke belakang yang istimewa. Hari ini, kami bergembira untuk mengumumkan bahawa ciri ini telah ditambahkan untuk anda! Untuk menggunakannya, pergi tetapan carta, pilih gaya P & F, Amaun Kebalikan = 1, dan mengaktifkan ciri Pembinaan Satu Langkah ke Belakang.

Ciri ini merupakan komponen penting untuk kaedah analisis Carta Wyckoff dan membantu chartist P&F melihat corak dengan lebih jelas. Berikut merupakan caranya: sekiranaya harga bertukar sebanyak satu saiz kotak semasa dalam proses memplot harga (1), kemudian sekali lagi bertukar sebanyak satu saiz kotak (2) , kemudian nilai-nilai baru akan dipaparkan dalam kolum sama seperti nilai sebelum (1) sehingga giliran yang seterusnya. Kini, dengan ciri satu langkah ke belakang, X dan O boleh digabungkan menjadi satu kolum:

Kami berharap ciri baru ini dapat membantu semua chartist P&F. Kami amat mengalu-alukan maklum balas dan cadangan daripada anda semua. Kami sentiasa membina untuk komuniti kewangan!

Terima kasih kerana membaca,

TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami